awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penunggang motosikal maut terjatuh ke dalam sungai
Yayasan Sultan Ibrahim Johor terima sumbangan RM1 juta daripada Kumpulan Malik Streams
Penganggur ditahan pukul pemandu e-hailing guna pengunci stereng di Johor Bahru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Timbalan pendakwa raya SPRM ditahan polis kerana memiliki dadah

Bernama
Bernama
24/09/2025
02:20 MYT
Timbalan pendakwa raya SPRM ditahan polis kerana memiliki dadah
SPRM menegaskan pihaknya tidak berkompromi dengan salah laku, pelanggaran undang-undang atau perbuatan jenayah oleh mana-mana pegawai atau kakitangan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan seorang Timbalan Pendakwa Raya (TPR) yang baru melaporkan diri minggu lepas, ditahan polis semalam kerana memiliki dadah.
SPRM memaklumkan, TPR terbabit ditahan di kediamannya dan pemeriksaan polis telah menemukan bahan terlarang disyaki dadah di rumah berkenaan.
"SPRM mengambil maklum berhubung tangkapan melibatkan seorang TPR yang baru melaporkan diri untuk bertugas di suruhanjaya ini minggu lepas.
"SPRM menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan lanjut berhubung perkara ini dan memberi jaminan akan memberikan kerjasama sepenuhnya," menurut SPRM dalam kenyataan hari ini.
SPRM menegaskan pihaknya tidak berkompromi dengan salah laku, pelanggaran undang-undang atau perbuatan jenayah oleh mana-mana pegawai atau kakitangan, selain komited memastikan integriti serta tatakelola organisasi sentiasa dipelihara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPRM
#Dadah
#TPR
#siasatan lanjut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan