MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 25 September 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 25 September 2025.
1. Agong terima menghadap PM Anwar, dipersembah taklimat isu semasa
Seri Paduka Baginda turut dipersembahkan mengenai pelaksanaan inisiatif BUDI95 serta persiapan Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 yang dijadualkan berlangsung di ibu negara pada bulan depan.
2. Pengasas Restoran Mohd Chan meninggal dunia
Allahyarham dilaporkan menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 7 Rabu malam.
3. Kes Zara Qairina: Prosiding pengurusan kes 5 remaja, inkues berlangsung serentak hari ini
Prosiding pengurusan kes lima remaja berkenaan dijalankan terlebih dahulu sebelum inkues yang memasuki hari ke-14 diteruskan.
4. Najib salahkan pihak lain untuk tutup ketidakjujurannya - Peguam SRC
Peguam SRC International Sdn Bhd memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak sering mengalihkan kesalahan ke atas pihak lain bagi menutup ketidakjujurannya dalam penyelewengan RM3.95 bilion daripada dana pencen penjawat awam.
5. Dunia tunjuk perubahan luar biasa sokong Palestin - Ahmad Zahid
Malaysia menghargai sokongan negara-negara yang mengiktiraf Palestin pada Sesi ke-80 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA 2025) di New York.
6. Pengarah animasi Ejen Ali lemas jatuh sungai, polis sahkan tiada unsur jenayah
Tiada perselisihan faham antara pengarah animasi Ejen Ali, Andi Abdul Ghani A Kadir, 42, dan isterinya, sebelum dia didakwa terjatuh ke sungai di Kampung Batu Puteh di sini Selasa lalu.
7. Kerajaan teliti setiap permasalahan awal pelaksanaan BUDI95 - Ahmad Zahid
Kerajaan akan meneliti setiap permasalahan awal yang dibangkitkan rakyat berhubung pelaksanaan inisiatif subsidi petrol di bawah BUDI MADANI RON95 (BUDI95).
8. KKM sasar haram vape sepenuhnya pertengahan 2026
Kementerian Kesihatan menyasarkan pengharaman penuh rokok elektronik dan vape dapat dilaksanakan selewat-lewatnya pertengahan tahun depan.
9. Kes pelajar IKBN Miri: 7 pelajar digantung seminggu, elaun dihentikan - Hannah
Tujuh pelajar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Miri yang terbabit dalam insiden gurauan melampau menyerupai perbuatan buli, digantung pengajian selama seminggu, berkuat kuasa Rabu.
10. Inkues Zara Qairina: Dua saksi maklumkan mangsa berulang kali cakap mahu cederakan diri
Saksi pelajar pertama dan kedua dalam prosiding inkues kematian pelajar Tingkatan Satu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir, memaklumkan bahawa Zara beberapa kali menyuarakan kata-kata yang menunjukkan niat untuk mencederakan diri.