MALAYSIA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 28/09/2025 | 15:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 28 September 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 28 September 2025.


1. 'Pembunuhan beramai-ramai Israel di Gaza tidak akan dilupakan' - Tun M

Dr Mahathir kekal lantang menyokong Palestin, menolak campur tangan kuasa besar dan menyatakan penyelesaian dua negara sebagai jalan damai yang munasabah.



2. LTdL 2025: Matteo Malucelli menang peringkat pertama mengelilingi Pulau Langkawi

Malucelli, yang pernah bergelut tanpa kontrak setahun lalu, kini kembali sebagai Raja Pecut dan penyandang jersi jingga.


3. Bonda Tengku Permaisuri Selangor meninggal dunia pada usia 82 tahun

Allahyarham kembali ke Rahmatullah pada jam 5.15 pagi Ahad di sebuah hospital di Damansara akibat sakit tua.


4. Tiga mangsa sampan karam di Sungai Krian ditemukan lemas

Kesemua baki tiga mangsa yang hilang dalam insiden sampan karam di Sungai Krian berhampiran dengan Feri Kaba, Saratok Jumaat lepas, ditemukan meninggal dunia hari ini.


5. Olahraga Para Dunia: Latif Romly sekali lagi pecah rekod dunia

Jaguh lompat jauh para negara, Datuk Abdul Latif Romly, sekali lagi memecahkan rekod dunia acara lompat jauh T20 dalam Kejohanan Olahraga Para Dunia di New Delhi, India.


6. Isu dokumentasi: SPRM tidak kesan kesalahan, tak akan berhubung dengan FIFA

SPRM tidak mengenal pasti sebarang asas kesalahan berhubung dakwaan pemalsuan dokumen pendaftaran tujuh pemain warisan oleh Persatuan Bolasepak Kebangsaan (FAM).


7. Wujud kesilapan teknikal proses serahan dokumen pemain warisan - FAM

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah mengenal pasti wujud kesilapan teknikal dalam proses penyerahan dokumen melibatkan tujuh pemain warisan, yang dilakukan oleh kakitangan pentadbiran.


8. Fan Bingbing kagum aura Siti Nurhaliza, mahu belajar menyanyi lagu Melayu

Duta Setiakawan Pelancongan Melaka Datuk Fan Bingbing mengakui kagum dengan kehebatan Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, selain berhasrat untuk belajar menyanyi lagu Melayu daripada penyanyi nombor satu negara itu.


9. BUDI95: RM3.7 juta pembelian RON95 direkodkan - Amir Hamzah

Sejumlah RM3.7 juta pembelian petrol RON95 pada harga subsidi RM1.99 seliter direkodkan setakat jam 12 tengah hari ini, sejak pelancaran inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95) pada Sabtu.


10. Global Sumud Flotilla akan masuk zon kuning, risiko dipintas tinggi - Fahmi

Kapal misi Global Sumud Flotilla (GSF) akan memasuki "zon kuning" dalam masa terdekat dan menghadapi risiko tinggi untuk dipintas tentera Israel, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.



#berita pilihan #berita tempatan #berita Malaysia #Berita AWANI