MALAYSIA
Isu dokumentasi: SPRM tidak kesan kesalahan, tak akan berhubung dengan FIFA

SPRM memaklumkan, isu itu dilihat sebagai berkaitan proses teknikal dan berada di luar bidang kuasa SPRM.
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak mengenal pasti sebarang asas kesalahan mengikut Akta SPRM 2009, berhubung dakwaan pemalsuan dokumen pendaftaran tujuh pemain warisan oleh Persatuan Bolasepak Kebangsaan (FAM).
Ringkasan AI
- SPRM tidak mengenal pasti sebarang asas kesalahan di bawah Akta SPRM 2009 berhubung dakwaan pemalsuan dokumen pendaftaran tujuh pemain warisan oleh FAM, kerana isu tersebut dianggap sebagai teknikal dan di luar bidang kuasa SPRM.
- SPRM telah berhubung dengan KDN dan JPN untuk siasatan awal serta menerima dokumen berkaitan proses permohonan dan pendaftaran, namun tidak akan berhubung dengan FIFA dan menyerahkan isu sepenuhnya kepada FAM.
- SPRM menyeru semua pihak agar tidak membuat spekulasi yang boleh menjejaskan proses penyelesaian, susulan tindakan Jawatankuasa Tatatertib FIFA terhadap FAM dan tujuh pemain naturalisasi kebangsaan berkaitan pelanggaran Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA.
"Hasil daripada kerjasama tersebut, SPRM telah dibekalkan dengan beberapa dokumen berkaitan proses permohonan dan pendaftaran," menurut kenyataan itu lagi.
Sehubungan itu, SPRM tidak akan berhubung dengan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), sebaliknya menyerahkan sepenuhnya kepada FAM untuk menyelesaikan isu berkenaan bersama badan induk bola sepak dunia itu.
SPRM turut menyeru semua pihak agar memberi ruang kepada proses penyelesaian yang sedang berlangsung dan tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan perbincangan antara pihak terlibat.
Media sebelum ini melaporkan FAM dan tujuh pemain naturalisasi kebangsaan dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Tatatertib FIFA, selepas didapati melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC) yang berkaitan pemalsuan dokumen.
Tujuh pemain terbabit ialah Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Tomas Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Javier Machuca, Joao Vitor Brandao Figueiredo, Jon Irazabal Iraurgui dan Hector Alejandro Hevel Serrano.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami