MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 3 Oktober 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 3 Oktober 2025.
1. Global Sumud Flotilla bukti semangat kemanusiaan tanpa batas - Agong
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah, Global Sumud Flotilla (GSF) adalah contoh misi kemanusiaan yang murni dalam membantu mereka yang kelaparan, khususnya golongan warga emas, wanita dan kanak-kanak.
2. [LAPOR LANGSUNG] Usaha bawa pulang aktivis Malaysia tunjuk perkembangan positif
Kedutaan Amerika Syarikat (AS) jamin semua rakyat Malaysia yang ditahan semasa misi Global Sumud Flotilla (GSF) akan segera dibawa pulang dengan keselamatan terjamin.
3. Penulis blog warga asing Murray Hunter ditahan di Bangkok - MCMC
Seorang penulis blog warga asing Murray Hunter telah ditahan di Bangkok bulan lepas, kerana gagal mematuhi saman dikeluarkan pihak berkuasa Thailand untuk membantu siasatan, menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia pada Jumaat.
4. Patuhi undang-undang semasa sertai perhimpunan kecam Israel - Saifuddin Nasution
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihatkan orang ramai yang berhimpun mengutuk tindakan Israel menahan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla ke Gaza, supaya menghormati undang-undang dan memberi kerjasama kepada pihak berkuasa.
5. Lawatan Trump berkaitan Sidang Kemuncak ASEAN, bukan jemputan dua hala daripada Malaysia
Jemputan Malaysia kepada Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN yang akan datang di Kuala Lumpur pada Oktober ini perlu dilihat sebagai sebahagian daripada strategi hubungan ASEAN yang lebih luas dan bukan inisiatif Malaysia semata-mata.
6. Kerajaan lulus subsidi petrol RON95 untuk bot penumpang, bayaran balik tunai bermula 9 Oktober
Kerajaan mengumumkan syarikat bot penumpang layak menerima subsidi petrol RON95 melalui skim bayaran balik tunai, bermula 9 Oktober ini.
7. PM Anwar mahu MPN bina masa depan pendidikan berdaya saing, berjati diri
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Majlis Pendidikan Negara (MPN) perlu memperhalusi isu-isu mendesak termasuk pelaksanaan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), kecerdasan buatan (AI) serta penguasaan Bahasa Melayu, demi membina masa depan pendidikan yang berdaya saing dan berakar pada jati diri.
8. AI cabaran baharu, kebijaksanaan hakim kekal penting - Ketua Hakim Negara
Perkembangan pesat kecerdasan buatan (AI) merupakan antara res nova atau cabaran baharu paling mendesak bagi badan kehakiman, khususnya dalam memastikan kebertanggungjawaban, keadilan dan integriti dalam proses membuat keputusan kehakiman, kata Ketua Hakim Negara Datuk Seri Wan Ahmad Farid Wan Salleh.
9. RUU PSB: UMNO desak pembentangan di Dewan Rakyat ditangguh
UMNO berpendirian tegas Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar (RUU PSB) sedia ada perlu ditangguhkan dan tidak diteruskan pembentangannya pada Sidang Dewan Rakyat akan datang.
10. Global Sumud Flotilla: Kedutaan AS jamin rakyat Malaysia ditahan Israel akan dibawa pulang segera