Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 7 Oktober 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 7 Oktober 2025.
Warga sekolah seluruh negara bakal menikmati cuti panjang sempena sambutan Deepavali tahun ini berikutan pengumuman cuti tambahan yang dibuat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Jabatan Peguam Negara (AGC) telah menolak representasi yang dikemukakan oleh bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi menggugurkan tujuh pertuduhan terhadapnya membabitkan kesalahan salah guna kuasa dan penerimaan wang hasil aktiviti haram.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengeluarkan amaran keras kepada Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing, serta kementerian berkenaan agar memastikan insiden penghidangan arak dalam acara rasmi kerajaan tidak berulang.
Inkues kematian pelajar tingkatan satu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir, memasuki hari ke-18 pada Selasa dengan saksi pakar dari Jabatan Kimia tampil memberi keterangan berhubung analisis sampel DNA.
Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) mengambil keputusan untuk keluar daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) selepas mengambil kira suara dan keluhan rakyat, kata Datuk Seri Jeffrey Kitingan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama menyertai Himpunan Solidariti Bersama Gaza yang akan diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil, pada 8 malam, Rabu.
Belanjawan 2026 yang bakal dibentangkan pada 10 Oktober akan memberi tumpuan kepada persediaan menghadapi ketidakpastian global, dengan mengambil kira pengalaman krisis lalu serta memperkukuh kedudukan semasa ekonomi negara.
Kesemua 23 wira dan wirawati Global Sumud Flotila telah selamat tiba di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 10.13 malam Selasa.
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan menzahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas kualiti diplomasinya yang berjaya membawa pulang sukarelawan Global Sumud Flotila (GSF) dengan pantas.
Aktivis Farah Lee yang merupakan salah seorang sukarelawan GSF berkata mereka dinafikan hak untuk menunaikan tuntutan agama hingga terpaksa menggunakan baju berwarna putih untuk menutup rambut dan kepala sekali gus menjaga maruah masing-masing.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami