Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 8 Oktober 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 8 Oktober 2025.
Kesemua sembilan kapal misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Madleens To Gaza (TMTG) telah dipintas oleh tentera Israel kira-kira jam 10.50 pagi waktu Malaysia.
Polis berjaya merampas dadah seberat 385 kilogram (kg) selepas mengejar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) sejauh dua kilometer di Lebuhraya Utara Selatan, dekat Slim River, pada Isnin.
Jabatan Kesihatan Kelantan mengesahkan berlaku peningkatan kes influenza dengan lima kluster dilaporkan melibatkan institusi pendidikan khususnya di sekolah berasrama, kata Pengarahnya Datuk Dr Zaini Hussin.
MyCARE memaklumkan pihaknya terputus hubungan komunikasi dengan delegasi misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition bersama Thousand Madleens to Gaza (FFC x TMTG) pada jam 10.03 pagi.
SPR akan mengadakan Mesyuarat Khas pada 16 Okt ini, bagi membincangkan beberapa tarikh penting dan perkara lain berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.
Saksi memberitahu Mahkamah Koroner bahawa sebelum sambutan Aidilfitri lalu, dia bersama tiga lagi rakan pernah memeriksa lokar milik Allahyarham Zara dan menemui sejumlah wang tunai di dalamnya.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Turkiye akan membantu dalam usaha membebaskan sembilan aktivis Freedom Flotilla Coalition (FFC) Malaysia yang ditahan rejim Zionis Israel pada pagi Rabu.
Lebih banyak usaha perlu dilakukan untuk meningkatkan kesedaran pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia mengenai perjuangan hak Palestin.
Malaysia telah mencapai matlamat utama apabila kemiskinan tegar hampir dinoktahkan kepada 0.09 peratus berdasarkan Survei Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah (HIES) 2024 yang diumumkan hari ini, berbanding 0.2 peratus direkodkan pada 2022.
Kelayakan bagi kuota tambahan di bawah inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95) untuk pemandu e-hailing dan p-hailing akan ditentukan berdasarkan tahap penggunaan bahan api masing-masing, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami