Apa yang Anda Dapat daripada Bajet 2026? STR, SARA, Bantuan Ibu Tunggal, Pelajar & Banyak Lagi – Semak Analisis Penuh di Sini!
MALAYSIA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 11/10/2025 | 15:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Oktober 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Oktober 2025.


Pasangan suami isteri pengusaha keropok Aziz Satar Kemaman, maut kemalangan di LPT 1

Sepasang suami isteri yang juga pengusaha kedai makan terkenal, Warung Aziz Satar di Kemaman maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang mereka naiki terbabas di Kilometer 162.9 Lebuhraya Pantai Timur 1 (arah timur) malam tadi.



Suspek rempuh polis, lima das tembakan dilepaskan

Polis terpaksa melepaskan lima das tembakan ke arah sebuah kereta yang merempuh kenderaan pasukan itu ketika suspek cuba melarikan diri daripada ditahan berhampiran Plaza Tol Telok Panglima Garang, Kuala Langat awal pagi semalam.


3. Tular kanak-kanak maut akibat Influenza: Punca sebenar dalam siasatan - Dzulkefly

KKM masih menjalankan siasatan terperinci berhubung punca sebenar kematian seorang kanak-kanak berumur empat tahun di Samarahan, Sarawak yang disyaki berkaitan jangkitan Influenza A.


4. Empat suspek rogol pelajar di sekolah direman - Ketua Polis Melaka

Empat pelajar lelaki direman enam hari selepas disyaki merogol seorang pelajar perempuan secara bergilir-gilir di sebuah sekolah di sini minggu lepas.


5. RM15.5 bilion hasil negara dikembalikan, perang rasuah dan kartel diteruskan - PM Anwar

Anwar menegaskan tiada kompromi terhadap jenayah kewangan, termasuk terhadap individu berpangkat tinggi.


6. Reban ayam futuristik: Ibarat bela si bulus di bandar, tetapi ada pulangan nyata

Penternakan ayam tidak lagi terbatas di desa, sebaliknya boleh diusahakan penduduk kota termasuk mereka menetap di kediaman kondominium.


7. Belanjawan MADANI Keempat terjemah reformasi kepada hasil nyata - Anwar

Belanjawan MADANI Keempat yang dibentangkan semalam merupakan manifestasi nyata keberanian kerajaan dalam menterjemah agenda reformasi kepada tindakan dan hasil yang dapat dinikmati rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


8. Perpaduan kaum tonggak negara, semangat bangsa dan agama tetap utuh - Anwar

Semangat bangsa dan agama tidak akan terhakis meskipun pelajar serta murid daripada pelbagai kaum, agama dan budaya belajar bersama di bawah satu bumbung atau sekolah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


9. Kadar kematian akibat kemalangan jalan raya membimbangkan - Ahmad Zahid

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyuarakan kebimbangan terhadap kadar kematian akibat kemalangan jalan raya yang menyaksikan negara kehilangan kira-kira 60,000 nyawa dalam tempoh 10 tahun.


10. Henti sebar rakaman kes seksual babit pelajar sekolah - Fadhlina

Semua pihak diminta supaya tidak terus menyebarkan rakaman berkaitan kes salah laku seksual membabitkan pelajar di sebuah sekolah di Melaka baru-baru ini kerana melibatkan individu di bawah umur.


#berita pilihan #tempatan #kes seksual #kemalangan jalan raya