awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
X sekat Grok daripada sunting imej dedah tubuh selepas tekanan global
Lagi insiden kren runtuh di Thailand, dua maut di Samut Sakhon
Butiran baharu cip Intel Arrow Lake Refresh muncul melalui penanda aras Geekbench
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasangan suami isteri pengusaha keropok Aziz Satar Kemaman, maut kemalangan di LPT 1

Astro Awani
Astro Awani
11/10/2025
01:40 MYT
Pasangan suami isteri pengusaha keropok Aziz Satar Kemaman, maut kemalangan di LPT 1
Mangsa, Aziz Awang dan Hasnah Mat Nong meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah selepas kenderaan jenis Toyota Hilux dipandu Aziz hilang kawalan lalu terbabas ke longkang di bahu kiri jalan. - Gambar ihsan polis Maran
MARAN: Sepasang suami isteri yang juga pengusaha kedai makan terkenal, Warung Aziz Satar di Kemaman maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang mereka naiki terbabas di Kilometer 162.9 Lebuhraya Pantai Timur 1 (arah timur) malam tadi.
Mangsa, Aziz Awang dan isterinya, Hasnah Mat Nong, 64, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah selepas kenderaan jenis Toyota Hilux dipandu Aziz hilang kawalan lalu terbabas ke longkang di bahu kiri jalan.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam itu, pasangan berkenaan bersama empat penumpang lain dalam perjalanan pulang ke Kemaman dari Cameron Highlands ketika hujan lebat di lokasi kejadian.
Empat lagi mangsa cedera dalam kejadian itu dan kini dirawat di Hospital Temerloh.
Mereka ialah Che Siti Suhaida Che Amat, 27; Rohani Chik (65), Noraini Mamat (45) dan Nor Ayra Qaisara Ahmad Iduwan (8).
Ketua Polis Daerah Maran, Superintenden Wong Kim Wai berkata, siasatan awal mendapati kenderaan mangsa dipercayai hilang kawalan ketika melalui jalan lurus dua lorong satu hala dalam keadaan hujan lebat dan permukaan jalan yang licin.
“Kenderaan jenis Toyota Hilux berkenaan dalam perjalanan dari Cameron Highlands menuju ke Kemaman sebelum terbabas ke longkang di bahu kiri jalan,” katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, kedua-dua mangsa dewasa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia sebelum mayat mereka dibawa ke Hospital Jengka untuk bedah siasat.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian,” katanya.
Difahamkan, dua daripada mangsa yang cedera merupakan anak kepada pasangan suami isteri tersebut.
Topic Berkaitan
#kemalangan
#pengusaha keropok
#keropok Aziz Satar Kemaman
#Warung Aziz Satar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami