MALAYSIA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 18/10/2025 | 15:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 18 Oktober 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 18 Oktober 2025.


1. Jenazah pendaki Mustaqqeem Mansor selamat dikebumikan di Pulau Pinang

Jenazah Mustaqqeem Mansor selamat dikebumikan di Penaga, Pulau Pinang, selepas meninggal dunia akibat hipotermia ketika mendaki Gunung Liang, Perak.



2. Tiada unsur jenayah pelajar UM maut jatuh dari kolej kediaman - Polis

Bedah siasat menunjukkan kecederaan serius di kepala dan dada, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.


3. Tujuh wanita India diselamatkan, anggota polis antara didakwa terlibat pemerdagangan orang

12 suspek ditahan termasuk dua lelaki tempatan dan seorang anggota polis, lima daripadanya didakwa di bawah Akta ATIPSOM 2007.


4. Letupan Putra Heights: 36 penduduk fail saman, lantik Tommy Thomas sebagai peguam utama

Seramai 36 penduduk Taman Putra Harmoni, Putra Heights memfailkan tindakan sivil terhadap lima pihak termasuk Petronas Gas Berhad, berhubung kejadian letupan pada 1 April lepas.


5. Masyarakat India terima manfaat besar daripada dasar Kerajaan MADANI - PM

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, Kerajaan MADANI terus komited membantu golongan miskin tegar tanpa mengira kaum.

6. 'Tuhan sahaja yang tahu...' - Fadhlina ikrar ambil tanggungjawab penuh

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berikrar mengambil tanggungjawab penuh dan akan memperkukuh langkah keselamatan di sekolah.


7. Pelajar UM maut terjatuh: Ibu bapa di Tanah Suci, tidak sempat tatap wajah

Ibu bapa pelajar Universiti Malaya (UM) Ahmad Arif Zawir Mohd Ali yang maut akibat terjatuh daripada bangunan kolej kediaman, tidak sempat menatap wajah anak mereka sebelum dikebumikan.


8. ASEAN ke-47: PDRM sedia sepenuhnya laksana kawalan keselamatan ketua negara, delegasi

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah bersedia sepenuhnya untuk melaksanakan tugasan kawalan keselamatan ketua-ketua negara dan delegasi yang akan menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di ibu negara sekali gus memastikan sidang itu berjalan lancar.


9. PM Anwar terima perkembangan terkini Pelan Damai Gaza daripada El-Sisi

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan telah menerima perkembangan terkini mengenai Pelan Damai Gaza daripada Presiden Mesir, Abdel Fattah el-Sisi menerusi satu perbualan telefon pada Sabtu.


10. Kos tunaikan haji 2026 akan diumumkan 22 Okt ini

Kadar kos rasmi menunaikan ibadah haji musim 2026 akan diumumkan Lembaga Tabung Haji (TH) pada 22 Okt ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar.




#berita pilihan #berita tempatan #berita Malaysia #Berita AWANI