Masyarakat India terima manfaat besar daripada dasar Kerajaan MADANI - PM

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Rumah Terbuka Deepavali MADANI 2025 Peringkat Kebangsaan di KL Sentral hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, Kerajaan MADANI terus komited membantu golongan miskin tegar tanpa mengira kaum.
Ringkasan AI
- Kerajaan MADANI komited bantu golongan miskin tegar tanpa mengira kaum, termasuk masyarakat India melalui pelbagai inisiatif baharu.
- Antara peruntukan utama: RM50 juta untuk AIM, RM50 juta melalui Tekun Nasional, RM1.6 bilion di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) dan RM600 juta untuk skim pembiayaan perniagaan.
- Anwar Ibrahim tegaskan usaha kerajaan menangani isu perumahan dan kemiskinan jauh lebih besar berbanding pentadbiran terdahulu, sambil menolak dakwaan pembangkang bahawa kerajaan tidak bertindak.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan turut memperuntukkan dana khusus kepada masyarakat India termasuk RM50 juta bagi Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan RM50 juta menerusi Tekun Nasional.
Selain itu, kerajaan juga menyalurkan RM1.6 bilion di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) serta RM600 juta untuk skim pembiayaan perniagaan masyarakat India.
“Salah satu masalah besar ialah rumah sewa mahal, beli tidak mampu. Maka kerajaan sediakan pinjaman perumahan. Untuk masyarakat India, jumlah yang kita luluskan pada 2024 ialah RM1.2 bilion.
Anwar menjelaskan, kenyataannya itu bertujuan memperincikan usaha kerajaan yang kadangkala menjadi polemik oleh pihak pembangkang.
“Kalau disebut (peruntukan) tak cukup, tak apa, kalau kata PM harus dengar lagi, Saya setuju. Tapi jangan kata kita tidak buat.
“Kerana apa yang kita lakukan itu jauh lebih besar dari yang pernah dibuat, oleh Bersatu, Pas yang bercakap banyak sekarang ini,” katanya lagi.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami