Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 – Trump & Pemimpin Serantau Berhimpun – Sorotan, Video & Analisis – Ikuti Di Sini
MALAYSIA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 24/10/2025 | 15:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 24 Oktober 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 24 Oktober 2025.


1. Calon SPM terlibat bencana alam dinasihat maklumkan kepada sekolah, JPN - KPM

KPM memaklumkan calon boleh menghubungi bilik gerakan Lembaga Peperiksaan atau JPN di seluruh negara.



2. UiTM perkenal dua inovasi baharu berimpak tinggi

Inisiatif ini selari dengan aspirasi KPT menjadikan universiti pemacu penyelesaian nasional.


3. TH lantik 31 pengelola jemaah haji (PJH) bagi musim 1447H/2026M

Orang ramai diingatkan agar menyemak senarai rasmi PJH dan elak tawaran palsu yang melanggar Akta Tabung Haji 1995.


4. Ewon hadir mesyuarat Kabinet, PM Anwar sahkan tidak terima butiran peletakan jawatan

Beliau mengesahkan bahawa beliau tidak menerima sebarang butiran berhubung peletakan jawatan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.


5. Siasatan terhadap Jho Low masih aktif - Ketua Polis Negara

Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail menegaskan siasatan terhadap ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low, masih aktif dan belum ditutup.


6. Kes pecah amanah: 'Baliklah Adlan, bersihkan nama anda' - Fahmi

Jurucakap kerajaan, Datuk Fahmi Fadzil meminta agar Muhammad Adlan Berhan yang sedang melarikan diri, kembali ke Malaysia dan membersihkan namanya.


7. Pakar Arkeologi Siti Zuraina terima anugerah Tokoh Akademik Negara

Pakar Arkeologi Prof Emeritus Datin Paduka Dr Siti Zuraina Abdul Majid dari Universiti Sains Malaysia (USM) yang menemukan rangka Perak Man, dinobatkan sebagai Tokoh Akademik Negara pada Majlis Anugerah Akademik Negara (AAN) ke-16 hari ini.


8. Peminjam PTPTN bermasalah disaran buat penjadualan semula bayaran

Individu yang mempunyai masalah untuk membuat pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), diminta untuk memaklumkan kepada PTPTN supaya dapat disusun semula jadual bayaran.


9. Garis Panduan Khas 2025: Perkukuh perlindungan kanak-kanak dalam sistem keadilan - Azalina

Sebanyak empat komponen utama menjadi fokus dalam Garis Panduan Khas 2025 yang diperkenalkan bagi memperkukuh perlindungan terhadap kanak-kanak dalam sistem keadilan negara.


10. Pembelaan dalam kes Najib dakwa bekas CEO 1MDB ikut arahan Jho Low

Pihak pembelaan dalam perbicaraan Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa pengurusan tertinggi syarikat itu, khususnya bekas Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, didakwa bertindak secara tidak wajar dengan mengikut arahan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low, dan bukannya arahan Lembaga Pengarah (BOD) 1MDB.








#berita pilihan #tempatan #1MDB #PTPTN