awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
IWK perkenal CSR "Sahabat Istimewa IWK" untuk komuniti OKU
Wei Chong-Kai Wun kempunan pertahan kejuaraan Masters Indonesia
Malaysia perkukuh kerjasama digital pada WEF Davos 2026 - Gobind
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Siasatan terhadap Jho Low masih aktif - Ketua Polis Negara

Bernama
Bernama
24/10/2025
08:50 MYT
Siasatan terhadap Jho Low masih aktif - Ketua Polis Negara
Mohd Khalid bercakap pada sidang media Op Pedo Bersepadu PDRM-SKMM 2.0 di Bukit Aman hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail menegaskan siasatan terhadap ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low, masih aktif dan belum ditutup.

Ringkasan AI
  • Ketua Polis Negara Mohd Khalid Ismail menegaskan siasatan terhadap Jho Low berkaitan penyelewengan dana 1MDB masih aktif dan belum ditutup.
  • PDRM terus meneliti perkembangan terkini dan akan mengambil tindakan sewajarnya, namun butiran siasatan tidak akan didedahkan secara terbuka.
  • Tiada bukti sahih mengenai lokasi semasa Jho Low atau penggunaan pasport palsu, walaupun terdapat dakwaan beliau menetap di Shanghai.

Beliau berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa meneliti setiap perkembangan terkini dan akan mengambil tindakan sewajarnya mengikut keperluan siasatan.
"Siasatan terhadap individu terbabit masih berjalan seperti yang dimaklumkan sebelum ini dan perkara ini tidak perlu diperincikan secara terbuka," katanya ketika ditanya mengenai status siasatan terhadap Jho Low pada sidang media di sini hari ini.
Jho Low dikehendaki pihak berkuasa bagi membantu siasatan berkaitan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Sebelum ini, terdapat dakwaan menyatakan Jho Low menetap di sebuah kawasan elit di Shanghai, China menggunakan pasport Australia palsu.
Bagaimanapun, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan hasil semakan dan maklumat yang diterima setakat ini, tidak menemukan sebarang bukti atau fakta sahih berhubung lokasi semasa Jho Low mahupun penggunaan pasport oleh individu berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jho Low
#1MDB
#Ketua Polis Negara
#Mohd Khalid Ismail
#siasatan masih dibuka
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan