awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lisa Blackpink dilantik Duta Amazing Thailand
Warisan India berkembang pesat di Malaysia - Modi
Subsidi bersasar RON95 dijangka beri penjimatan fiskal RM2.5 bilion hingga RM4 bilion setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes pecah amanah: 'Baliklah Adlan, bersihkan nama anda' - Fahmi

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
24/10/2025
11:08 MYT
Kes pecah amanah: 'Baliklah Adlan, bersihkan nama anda' - Fahmi
Fahmi minta Adlan yang sedang melarikan diri, kembali ke Malaysia dan membersihkan namanya. - Foto Bernama
PUTRAJAYA: Jurucakap kerajaan, Datuk Fahmi Fadzil meminta agar Muhammad Adlan Berhan yang sedang melarikan diri, kembali ke Malaysia dan membersihkan namanya.

Ringkasan AI
  • Jurucakap kerajaan Datuk Fahmi Fadzil menggesa Muhammad Adlan Berhan, menantu bekas PM Muhyiddin Yassin, supaya kembali ke Malaysia dan membersihkan nama melalui proses mahkamah.
  • Adlan dilaporkan berada di negara Asia Barat tanpa perjanjian ekstradisi dengan Malaysia; pasportnya telah dibatalkan dan waran tangkap dikeluarkan oleh polis.
  • Beliau diburu atas dakwaan pecah amanah melibatkan projek keselamatan NERS bernilai RM595 juta.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata demikian apabila ditanya sama ada mesyuarat Kabinet pada Jumaat ada membincangkan isu menantu bekas perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin itu, yang dilaporkan tinggal di sebuah negara Asia Barat.
"Isu itu tak perlu bincangkan pun. Balik sajalah. Kenapa nak larikan diri, melainkan takut.
"Jadi balik dan berdepan dengan (prosiding) mahkamah, bersihkan nama anda," katanya dalam sidang media selepas mesyuarat tersebut.
Adlan dilaporkan berada di negara yang tidak mempunyai perjanjian ekstradisi dengan Malaysia.
Pada Khamis, Kementerian Dalam Negeri mengesahkan bahawa pasport Muhammad Adlan telah dibatalkan susulan permohonan yang dibuat sebelum ini oleh SPRM kepada Jabatan Imigresen.
Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail juga berkata bahawa polis telah mengeluarkan waran tangkap terhadapnya.
Adlan diburu atas dakwaan pecah amanah yang melibatkan Sistem Penguatkuasaan dan Pendaftaran Negara (NERS), projek keselamatan yang bernilai RM595 juta.
Topic Berkaitan
#adlan berhan
#Muhyiddin Yassin
#Fahmi Fadzil
#pecah amanah
#menantu Muhyiddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan