MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 27 Oktober 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 27 Oktober 2025.
1. Berita Terkini ASEAN25: Malaysia komited perkukuh hubungan dua hala dengan Rusia - PM Anwar
Malaysia akan terus memperkukuh hubungan dua hala dengan Rusia merangkumi pelbagai bidang termasuk penyelidikan, pendidikan, sains, perdagangan dan pelaburan.
2. Trump pulang selepas hadiri Sidang Kemuncak ASEAN, majlis pemeteraian Perjanjian Damai KL
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 10.06 pagi ini selepas menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
3. Tun Md Raus ketuai jawatankuasa bebas siasat isu dokumentasi tujuh pemain warisan
Persatuan Bolasepak Malaysia mengumumkan pelantikan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Md Raus Sharif sebagai Pengerusi jawatankuasa bebas bagi menyiasat isu dokumentasi tujuh pemain warisan Harimau Malaya yang dihukum Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa.
4. Trump puji Malaysia sebagai negara hebat, sangat bertenaga
Presiden Amerika Syarikat menyifatkan Malaysia sebagai "negara yang hebat, sangat bertenaga" selepas menamatkan lawatan dua hari di sini sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.
5. Peruntukan Parlimen Muar: Mahkamah tolak rayuan Syed Saddiq
Mahkamah Rayuan menolak rayuan Syed Saddiq dan tiga pengundi untuk memulakan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan kerajaan memberhentikan peruntukan kawasan Parlimen berkenaan.
6. Perjanjian dagangan tidak tekan kedaulatan Malaysia, kata Duta AS
Perjanjian dagangan baharu antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) tidak menjejaskan kedaulatan Malaysia, sebaliknya memperkukuh kerjasama dua hala.
7. JPM nafi keluarkan dokumen larangan telefon pintar individu bawah 16 tahun
Jabatan Perdana Menteri (JPM) menafikan sebarang dokumen yang tular di WhatsApp berkaitan larangan penggunaan telefon pintar untuk individu di bawah umur 16 tahun.
8. Peguam persoal 'dua watak' Shahrol Azral dalam kes 1MDB
Pasukan pembelaan Datuk Seri Najib Razak hari ini menyifatkan sebagai "menakjubkan" bagaimana bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, mampu bertukar antara "dua topeng" ketika memberi keterangan di Mahkamah Tinggi.
9. Kepimpinan Tun Hisan wajar dicontohi warga PDRM - Ayob Khan
Buku berjudul Dato Tun Hisan Bin Tun Hamzah: Breaking the Chains of Gangsterism disifatkan sebagai penulisan yang lengkap dan bernilai tinggi, bukan sahaja untuk warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) tetapi juga wajar dijadikan bahan kajian di institusi pengajian tinggi (IPT) khususnya dalam bidang sains sosial.
10. Zara didakwa diumpan masuk dorm sebelum dimaki senior – Saksi
Prosiding inkues kematian pelajar Zara Qairina Mahathir hari ini bersambung dengan keterangan dua saksi kanak-kanak di Mahkamah Khas Koroner Kota Kinabalu, Sabah.