MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 4 November 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 4 November 2025.
1. BUDI95: Had kelayakan e-panggilan ditingkatkan, teksi lapangan terbang layak terima subsidi
Kerajaan bersetuju meningkatkan had kelayakan Program BUDI MADANI RON95 bagi pemandu e-hailing yang layak sehingga 800 liter sebulan, tertakluk syarat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
2. Kes Jahidah: Bekas suami kekal ke penjara, pelaksanaan hukuman dibenar tangguh
Mahkamah Tinggi Johor Bahru mengekalkan hukuman penjara 10 tahun ke atas peniaga yang menyebabkan kecederaan parah terhadap bekas isteri ketiganya, Jahidah Nordin, 47, sehingga koma, empat tahun lalu.
3. Pempengaruh wanita Taiwan ditemui mati dalam bilik hotel bersama Namewee, polis klasifikasi sebagai kes bunuh
Polis mengklasifikasikan semula kes kematian pempengaruh wanita warga Taiwan di sebuah hotel di Kuala Lumpur 22 Okt lalu, sebagai kes bunuh. Difahamkan ketika kejadian, Namewee turut berada dalam bilik sama.
4. Che'gu Bard dibebaskan kes fitnah Agong
Ketua Bersatu Bahagian Port Dickson, Badrul Hisham Shaharin atau Che’gu Bard dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen atas satu pertuduhan mengeluarkan kenyataan fitnah yang didakwa boleh menjejaskan nama baik Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
5. Zahid sahkan tiada perbincangan kemasukan semula Khairy ke dalam UMNO
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan bahawa tiada perbincangan mengenai kemasukan semula bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin ke dalam parti itu seperti yang dilaporkan oleh media.
6. BUDI95: Skim kelayakan berperingkat pemandu e-hailing diaktifkan pertengahan setiap bulan - MoF
Skim kelayakan berperingkat di bawah program subsidi bersasar BUDI MADANI RON95 (BUDI95) bagi pemandu e-panggilan akan diaktifkan pada pertengahan setiap bulan, menurut Kementerian Kewangan (MOF).
7. Pendengaran hujah kes 1MDB Najib tamat, keputusan 26 Disember
Pendengaran hujah kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bernilai RM2.3 bilion yang melibatkan Datuk Seri Najib Tun Razak di Mahkamah Tinggi tamat pada Selasa selepas kedua-dua pihak selesai mengemukakan hujahan masing-masing.
8. Jangan sisihkan pekerja bawahan ketika syarikat raih keuntungan besar - PM
Syarikat-syarikat besar yang meraih keuntungan yang tinggi diingatkan supaya tidak mengabaikan kebajikan pekerja bawahan termasuk petugas pembersihan terutamanya dalam soal pendidikan ahli keluarga mereka.
9. EAIC tubuh pasukan petugas khas siasat isu dokumentasi FAM-FIFA
Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) hari ini menubuhkan pasukan petugas khas bagi menyiasat dakwaan kegagalan pengesahan dokumen pengenalan dan pematuhan prosedur operasi standard dalam proses kewarganegaraan melibatkan tujuh pemain naturalisasi Malaysia yang dikaitkan dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) serta siasatan oleh Persekutuan Bola sepak Antarabangsa (FIFA).
10. Sultan Ibrahim disambut dengan istiadat sambutan negara di Istana Al-Yamamah
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim disambut dengan istiadat sambutan negara di Istana Al-Yamamah di sini hari ini sempena lawatan negara empat hari ke Arab Saudi yang bermula semalam.