Zahid sahkan tiada perbincangan kemasukan semula Khairy ke dalam UMNO

Ahmad Zahid (foto) berkata pertemuannya dengan Khairy di sebuah majlis perkahwinan baru-baru ini tidak melibatkan sebarang perbincangan politik. -Facebook Ahmad Zahid
PUTRAJAYA: Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan bahawa tiada perbincangan mengenai kemasukan semula bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin ke dalam parti itu seperti yang dilaporkan oleh media.
Ringkasan AI
- Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan tiada perbincangan mengenai kemasukan semula Khairy Jamaluddin ke UMNO seperti dilaporkan media, selepas pertemuan di majlis perkahwinan baru-baru ini.
- Media melaporkan desas-desus tentang penerimaan semula Khairy ke dalam UMNO, namun Ahmad Zahid menghormati berita tersebut tanpa menyanggah.
- Khairy menafikan dakwaan menyertai UMNO sebelum PRN Sabah, menegaskan beliau tidak pernah meninggalkan parti tetapi dipecat; akan jelaskan pendiriannya dalam masa terdekat.
Namun, Ahmad Zahid tidak menafikan laporan media mengenai desas-desus berhubung penerimaan semula Khairy ke dalam UMNO selepas dipecat pada Januari 2023.
“Apa yang terpapar di dalam media itu adalah berita yang ditulis oleh mereka dan saya amat menghormatinya dan saya tidak mahu menyanggah mana-mana wartawan yang menulis mengenai perkara itu,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Majlis Pembukaan Festival Idea Putrajaya 2025 (FOI) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Selasa.
Terdahulu, Khairy menafikan dakwaan bahawa beliau bakal kembali menyertai UMNO sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah hujung bulan ini, seperti dilaporkan media tempatan.
Bekas Menteri Kesihatan itu menegaskan bahawa beliau tidak pernah meninggalkan parti tersebut, sebaliknya dipecat.
“Saya tidak pernah meninggalkan UMNO. Kamu yang buang saya. Tolong jangan ubah sejarah,” katanya menerusi hantaran di Instagram Story baru-baru ini.
Khairy, yang kini bertugas sebagai penyampai radio di Hot FM dan aktif menerusi platform audio siar Keluar Sekejap, berkata beliau akan menjelaskan pendiriannya berhubung isu tersebut dalam masa terdekat.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah pengesahan yang diberikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai kemasukan semula Khairy Jamaluddin ke dalam parti? A: Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan bahawa tiada perbincangan politik berlaku antara beliau dan Khairy Jamaluddin dalam pertemuan di majlis perkahwinan.
- Q: Bagaimanakah reaksi Ahmad Zahid terhadap laporan media mengenai desas-desus penerimaan semula Khairy ke dalam UMNO? A: Ahmad Zahid tidak menafikan laporan media tersebut tetapi menyatakan bahawa beliau menghormati berita yang ditulis oleh media tanpa menyanggahnya.
- Q: Apakah penafian yang diberikan oleh Khairy Jamaluddin berkenaan dakwaan kembali menyertai UMNO sebelum Pilihan Raya Negeri Sabah? A: Khairy Jamaluddin menegaskan bahawa beliau tidak pernah meninggalkan UMNO tetapi dipecat, dan beliau akan menjelaskan pendiriannya berhubung isu tersebut dalam masa terdekat.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

