awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
2,682 kenderaan diambil tindakan dalam Ops Perang Lebih Muatan di Terengganu
Ketua PBB kecam Parlimen Israel lulus pindaan sasar UNRWA
Hujan lebat cetus banjir, tanah runtuh di bandar Negor, Filipina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Negara rugi lebih RM1.5 bilion akibat kebakaran tahun ini - Nga

Bernama
Bernama
17/11/2025
12:00 MYT
Negara rugi lebih RM1.5 bilion akibat kebakaran tahun ini - Nga
Nga Kor Ming (tengah) pada perasmian Bangunan Isolasi Unit Pengesan pada Majlis Sentuhan Kejayaan Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Pusat Operasi K9 Taman Sri Sentosa, Jalan Klang Lama hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Nilai kerugian akibat kebakaran di seluruh negara bagi tempoh Januari hingga September tahun ini mencecah lebih RM1.57 bilion, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming.

Ringkasan AI
  • Kerugian akibat kebakaran di Malaysia mencapai RM1.57 bilion dari Januari hingga September 2021, menuntut usaha pencegahan yang lebih berkesan untuk mengatasi insiden tersebut.
  • Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menggantikan 30 unit jentera lama dengan 30 unit baharu melalui Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bernilai RM45 juta oleh CLW Automobile Malaysia.
  • Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memastikan JBPM bersedia menghadapi banjir susulan Monsun Timur Laut (MTL) dengan latihan, kesiapsiagaan, dan kerjasama antara agensi serta persiapan untuk misi kemanusiaan.

Beliau berkata situasi itu menuntut usaha pencegahan yang lebih gigih daripada semua pihak bagi mengekang insiden kebakaran daripada terus berlaku.
"Jumlah kerugian yang tinggi itu direkodkan walaupun anggota bomba bertungkus-lumus menjalankan pelbagai usaha termasuk pencegahan kebakaran.
"Oleh itu, kami memerlukan usaha yang lebih gigih lagi bagi membendung kebakaran daripada terus berlaku," katanya ketika berucap pada Majlis Sentuhan Kejayaan Menteri KPKT di Pusat Operasi K9 Taman Sri Sentosa, Jalan Klang Lama di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Seri Nor Hisham Mohammad.
Bagi memperkukuh keupayaan aset kebombaan, Nga berkata JBPM kini sedang menggantikan 30 unit jentera Fire Rescue Tender (FRT) berusia lebih 20 tahun dengan 30 unit baharu.
Beliau berkata penggantian itu dilaksanakan melalui Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) oleh CLW Automobile Malaysia dengan nilai keseluruhan RM45 juta dan dua unit FRT telah diterima setakat ini.
"Inisiatif berimpak tinggi ini dilihat mampu meminimumkan kerosakan jentera, mengurangkan kos pembaikan aset lama serta menjamin ketersediaan jentera bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang lebih berkesan kepada rakyat," katanya.
Sementara itu, Nga berkata KPKT yakin JBPM berada pada tahap kesiapsiagaan optimum untuk menghadapi kemungkinan banjir susulan Monsun Timur Laut (MTL) tahun ini.
Beliau berkata persiapan itu merangkumi latihan simulasi, kesiapsiagaan anggota serta aset, penambahbaikan prosedur operasi standard (SOP) dan pengukuhan pusat kawalan operasi.
"KPKT turut menekankan kepentingan koordinasi strategik antara semua agensi termasuk jabatan-jabatan di bawah kementerian ini dalam menghadapi cabaran sebelum, semasa dan selepas bencana.
"Seperti 2024, KPKT komited untuk terus menggerakkan Skuad Ihsan Madani bagi melaksanakan misi kemanusiaan semasa banjir serta kerja-kerja pembersihan pascabanjir kelak," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kebakaran
#kerugian
#KPKT
#Nga Kor Ming
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan