Sabah Memilih: Senarai Calon Rasmi Diumum, Kempen Pilihan Raya Bermula – Ikuti Berita Terkini dari Setiap Lokasi!
MALAYSIA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 21/11/2025 | 15:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 21 November 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 21 November 2025.


1. PM Anwar adakan pertemuan dua hala, forum perniagaan pada hari kedua di Afrika Selatan

Perdana Menteri Anwar Ibrahim memulakan lawatan rasmi kedua di Afrika Selatan dengan pertemuan bersama Presiden Matamela Cyril Ramaphosa.



2. Kes tikam pelajar: Laporan psikiatri belum siap, sebutan kes ditunda 19 Disember

Menurut peguam bela tertuduh, beliau memerlukan sebulan lagi untuk melengkapkan laporan penuh mengenai keadaan mental tertuduh.


3. Malaysia akhiri tugas Pengerusi ASEAN

Malaysia menutup peranan sebagai Pengerusi ASEAN 2025 dengan menegaskan komitmen terhadap integrasi serantau, kerjasama antarabangsa dan agenda pembangunan mampan.


4. Mangsa hanyut di Sungai Klang ditemukan di Shah Alam - Polis

Mayat seorang lelaki yang hilang selepas dihanyutkan kepala air Sungai Klang berhampiran Pintasan Saloma di ibu kota pada Isnin lalu telah ditemukan di Sungai Kandis, Shah Alam.


5. TH jelaskan kadar penolakan tawaran haji 50 peratus merujuk musim lepas

TH menjelaskan bahawa laporan mengenai kadar penolakan tawaran haji sebanyak 50 peratus merujuk kepada data musim haji 1446H/2025M, dan bukan musim haji akan datang.


6. Tiada usaha tutup skandal FAM, siasatan mesti diteruskan - PM Anwar

Perdana Menteri berkata Kabinet telah membincangkan isu itu dan memutuskan tidak seharusnya ada sebarang usaha melindunginya.


7. Amaran hujan berterusan, tahap waspada di enam negeri hingga 26 Nov - MetMalaysia

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada membabitkan enam negeri bermula hari ini.


8. Isu surat sokongan: Lihat kewajaran situasi sebelum minta pemecatan - PM Anwar

Sebarang tindakan ke atas Setiausaha Politik Perdana Menteri berhubung dakwaan surat sokongan seharusnya dibuat mengikut kewajaran situasi tersebut.


9. PTPTN: Kutipan Simpan SSPN lebih RM251 juta menerusi BMS 2025

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mencatat pencapaian memberangsangkan apabila program Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2025 merekodkan kutipan deposit berjumlah RM251.44 juta, sekali gus melepasi sasaran awal RM220 juta untuk tahun 2025.


10. Rampasan dadah cecah lebih RM459 juta dalam 10 bulan - Kastam

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merekodkan 594 kes dadah dengan nilai rampasan mencecah RM459.30 juta sejak Januari hingga Oktober lepas.






#berita pilihan #tempatan #ASEAN #FAM