Mangsa hanyut di Sungai Klang ditemukan di Shah Alam - Polis

Mayat lelaki yang dihanyutkan arus deras di Sungai Klang ditemukan di Shah Alam selepas operasi pencarian besar-besaran. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Mayat seorang lelaki yang hilang selepas dihanyutkan kepala air Sungai Klang berhampiran Pintasan Saloma di ibu kota pada Isnin lalu telah ditemukan di Sungai Kandis, Shah Alam.
Ringkasan AI
- Mayat lelaki yang hilang selepas dihanyutkan air Sungai Klang ditemui di Sungai Kandis, Shah Alam, selepas operasi mencari yang melibatkan lebih 200 anggota dari pelbagai agensi.
- Ketua Polis Daerah Dang Wangi mengesahkan penemuan mayat mangsa sekitar jam 10.30 pagi hari ini; mayat akan dibawa ke Hospital Shah Alam untuk proses bedah siasat.
- Kejadian turut melibatkan 11 individu lain yang terperangkap di bawah jambatan pada Isnin lalu; kesemua berjaya diselamatkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Dalam kejadian pada pukul 5.30 petang Isnin turut membabitkan 11 individu lain yang terperangkap di bawah jambatan, tetapi kesemua mereka berjaya diselamatkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Sebuah kenderaan pacuan empat roda, Mitsubishi Pajero, yang turut hanyut, ditemukan kira-kira 1.5 kilometer dari lokasi kejadian pada Rabu, selepas air sungai surut.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


