PTPTN: Kutipan Simpan SSPN lebih RM251 juta menerusi BMS 2025

Penganjuran BMS 2025 merupakan manifestasi iltizam PTPTN dalam memperkukuh usaha perancangan kewangan jangka panjang demi kelangsungan pendidikan tinggi negara. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mencatat pencapaian memberangsangkan apabila program Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2025 merekodkan kutipan deposit berjumlah RM251.44 juta, sekali gus melepasi sasaran awal RM220 juta untuk tahun 2025.
Ringkasan AI
- Program Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2025 oleh PTPTN mencatat kutipan deposit melebihi sasaran awal RM220 juta, dengan jumlah keseluruhan RM251.44 juta, menunjukkan sokongan masyarakat terhadap pendidikan anak-anak dan keberkesanan strategi penabungan jangka panjang PTPTN sejak 2018.
- Penganjuran BMS 2025 yang berlangsung dari 26 September hingga 2 November telah menggalakkan ibu bapa dan anak-anak seluruh negara melalui aktiviti dan pertandingan yang dianjurkan, serta memperluaskan akses dan meringankan beban pembiayaan pendidikan tinggi melalui akaun Simpan SSPN.
- Norliza Abdul Rahim, Pengerusi PTPTN, menyeru kerajaan negeri, agensi kerajaan, dan badan swasta untuk mempertimbangkan pembukaan akaun Simpan SSPN sebagai saluran utama bantuan pendidikan, sambil menegaskan bahawa PTPTN akan terus melaksanakan program berimpak tinggi bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap penabungan dan mengurangkan kebergantungan kepada pinjaman Pendidikan.
"Pencapaian terimaan deposit Simpan SSPN yang melebihi sasaran membuktikan strategi tepat serta sokongan padu rakyat, selain menunjukkan kesedaran ibu bapa terhadap keperluan perancangan kewangan awal," jelas Norliza dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Dalam penganjuran BMS 2025 edisi kelapan yang bermula dari 26 September hingga 2 November, pelbagai aktiviti dan pertandingan dianjurkan bagi menggalakkan penglibatan ibu bapa serta anak-anak seluruh negara.
Norliza turut menyeru kerajaan negeri, agensi kerajaan serta badan swasta untuk mempertimbangkan pembukaan akaun Simpan SSPN sebagai saluran utama menyalurkan bantuan pendidikan kepada masyarakat.
"Langkah ini mampu memperluas akses dan meringankan beban pembiayaan pendidikan tinggi.
"PTPTN akan terus melaksanakan lebih banyak program berimpak tinggi bagi meningkatkan tahap kesedaran masyarakat terhadap kepentingan penabungan serta mengurangkan kebergantungan kepada pinjaman Pendidikan," ujar Norliza.
Simpanan SSPN menawarkan pelbagai manfaat termasuk pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM8,000 setahun dan perlindungan takaful percuma untuk simpanan RM1,000 ke atas.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


