awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
9,528 kes daftar lewat kelahiran tahun lepas - Saifuddin Nasution
Peranan UMNO signifikan pastikan kerajaan perpaduan stabil - Saifuddin Nasution
Ketibaan antarabangsa ke Vietnam catat rekod baharu pada 2025, meningkat lebih 20 peratus
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] Isu surat sokongan: Lihat kewajaran situasi sebelum minta pemecatan - PM Anwar

Hafiz Marzukhi
Hafiz Marzukhi
21/11/2025
07:01 MYT
[TERKINI] Isu surat sokongan: Lihat kewajaran situasi sebelum minta pemecatan - PM Anwar
Anwar ketika menjawab soalan media sewaktu dalam perjalanan ke Johannesburg, Afrika Selatan untuk lawatan kerja selama empat hari. - Foto FB Anwar Ibrahim
JOHANNESBURG: Sebarang tindakan ke atas Setiausaha Politik Perdana Menteri berhubung dakwaan surat sokongan seharusnya dibuat mengikut kewajaran situasi tersebut.

Ringkasan AI
  • Anwar Ibrahim menyatakan bahawa tidak perlu membuat laporan terhadap tindakan setiausaha politiknya yang diberi teguran baru-baru ini.
  • Rafizi Ramli mencadangkan agar Anwar memecat setiausaha politiknya yang didakwa memberikan surat sokongan untuk kontraktor dalam projek hospital.
  • Rafizi menegaskan bahawa tindakan Anwar seharusnya lebih tegas dalam memerangi rasuah dengan memecat individu yang terlibat.

Menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim, tiada keperluan bagi pihaknya untuk membuat laporan terhadap tindakan Setiausaha Politik beliau yang telah diberikan teguran tempoh hari.
"Look at the gravity of the situation (Lihat kewajaran situasi tersebut). Ini bukan salah laku, cuma apabila kita menyentuh soal pemberian surat sokongan, peraturan dan prinsip kerajaan sememangnya tidak membolehkan tindakan sedemikian dilakukan," kata Anwar ketika bertemu pihak media dalam perjalanan ke Johannesburg, Afrika Selatan untuk lawatan kerja selama empat hari sehingga Ahad, 23 November.
Beliau memberi reaksi kepada saranan Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli yang mencadangkan agar beliau memecat Setiausaha Politiknya dan tidak sekadar menegurnya berhubung dakwaan surat sokongan untuk kontraktor dalam satu projek hospital.
Sebelum ini dalam satu hantaran video di Facebook, Rafizi telah menamakan Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin sebagai individu yang didakwa memberikan surat sokongan tersebut.
Menurut Rafizi, Anwar seharusnya menunjukkan keazamannya untuk memerangi rasuah dengan memecat Setiausaha Politiknya itu dan bukan hanya sekadar menegur.






Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#surat sokongan
#setiausaha politik
#Rafizi Ramli
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan