Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 November 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 November 2025.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan peranannya dalam perjanjian gencatan senjata antara Thailand dan Kemboja yang dicapai di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Mesir telah menjemput Malaysia untuk menjadi penganjur bersama satu sidang antarabangsa mengenai pemulihan awal dan usaha pembinaan semula Gaza.
Kementerian Luar dan kerajaan Thailand akan melaksanakan koordinasi bantuan kepada rakyat Malaysia yang terkandas akibat bencana banjir di Hatyai, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin mengambil pendekatan lebih santai dengan mengadakan konsert Himpunan Hanya Ada Yang Satu.
Semua rakyat Malaysia yang terkandas di hotel-hotel di Hatyai akibat banjir diminta bersedia di lobi penginapan masing-masing bagi memudahkan operasi pemindahan sementara.
Pakatan Harapan Sabah melancarkan manifesto sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 yang menumpukan kepada perkara asas.
7. Polis larang orang ramai hampiri kawasan pantai musim MTL
7. Polis larang orang ramai hampiri kawasan pantai musim MTL
Polis mengingatkan orang ramai agar tidak berkumpul atau melakukan sebarang aktiviti rekreasi di pesisir pantai pada musim Monsun Timur Laut (MTL).
Kementerian Pertahanan merancang menambah kekuatan anggota tentera di Sabah sebagai sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan kawalan keselamatan di negeri itu, kata menterinya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PPKPR) yang ditubuhkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak memberi tumpuan khusus atau menyasarkan mana-mana parti mahupun pihak-pihak tertentu, kata Setiausaha SPR Datuk Khairul Shahril Idrus.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


