MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 28 November 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 28 November 2025.
1. Ribut Tropika Senyar: Tanah runtuh, pokok tumbang di Seremban, Port Dickson
Ribut Tropika Senyar menyebabkan kejadian tanah runtuh dan pokok tumbang di Seremban dan Port Dickson, Negeri Sembilan, dengan seorang lelaki cedera akibat insiden tersebut.
2. SPRM serbu rumah Albert Tei
SPRM menyerbu kediaman ahli perniagaan, Albert Tei di Puchong, Selangor menggunakan waran pada pagi ini.
3. Banjir Hat Yai: Suami buntu seminggu terputus hubungan dengan isteri, anak-anak
Shahrizal Kamarudin terputus hubungan dengan isteri dan anak-anaknya selama seminggu berikutan banjir di Hat Yai, Thailand.
4. SPRM nafi dakwaan pegawai acu senjata ketika tahan Albert Tei
SPRM menafikan dakwaan kononnya pegawai agensi itu mengacukan senjata ke kepala ahli perniagaan, Albert Tei ketika menjalankan tangkapan terhadapnya.
5. Inkues Zara Qairina: Laporan siasatan disimpan dalam fail, tidak diserah kepada pengetua - Saksi
Mahkamah Koroner diberitahu laporan hasil siasatan dalaman kes Zara Qairina Mahathir tidak pernah diserahkan kepada mana-mana pihak sebaliknya hanya disimpan di dalam fail khas di sekolah.
6. Shamsul Iskandar ditahan SPRM bantu siasatan dakwaan rasuah
SPRM menahan bekas Ketua Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah.
7. Keseimbangan duniawi dan kekuatan rohani tunjang agenda Malaysia MADANI - PM Anwar
Keseimbangan antara pembangunan duniawi dan kekuatan rohani mesti terus menjadi tunjang kepada agenda Malaysia MADANI bagi memastikan negara bukan sahaja maju dari segi teknologi, tetapi turut unggul dalam aspek akhlak, keinsanan dan nilai.
8. Banjir: JBPM aktifkan tiga pangkalan hadapan, mudahkan mobilisasi aset
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berada pada tahap kesiapsiagaan penuh dengan mengaktifkan tiga pangkalan hadapan sebagai pusat penempatan awal logistik bagi menghadapi risiko banjir yang dijangka semakin meningkat susulan perkembangan cuaca mutakhir.
9. Banjir: Rakyat diminta utamakan keselamatan, JKM sedia aktifkan PPS tambahan - Nancy
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menyeru rakyat agar mengutamakan keselamatan diri dan keluarga ketika negara berdepan fasa cuaca yang mencabar.
10. [TERKINI] PRN Sabah: Bot, helikopter digunakan hantar kelengkapan mengundi
Menjelang hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 esok, petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini giat melaksanakan persiapan akhir termasuk menghantar kelengkapan mengundi ke lokasi pedalaman menggunakan bot dan helikopter.