MALAYSIA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 02/12/2025 | 15:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 2 Disember 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 2 Disember 2025.


1. Pegawai keluarkan surat mohon pertimbangan wajar ditegur, bukan dipecat - PM

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pegawai kerajaan yang mengeluarkan surat bagi memohon pertimbangan atau perhatian wajar diberikan teguran namun tidak sehingga dikenakan tindakan pemecatan.



2. DAP Sabah tolak semua jawatan dalam Kerajaan Perpaduan

Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sabah tidak akan mengambil sebarang jawatan dalam Kerajaan Perpaduan Sabah, kata Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke.


3. Suami tikam isteri negatif dadah, tiada masalah mental, penganggur - Polis

Polis mengesahkan bahawa lelaki yang dipercayai menikam isterinya hingga maut menggunakan sebilah pisau di Kampung Paku, Gual Ipoh, Tanah Merah adalah negatif dadah, tidak mempunyai masalah mental, dan merupakan seorang penganggur.


4. Alexander Nanta Linggi jalankan tugas, fungsi Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi akan menjalankan tugas dan fungsi Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkuat kuasa esok (3 Disember).


5. Inkues Zara Qairina: 9 warden ditamatkan perkhidmatan, "mungkin" ada kaitan dengan kes - Saksi

Perkhidmatan sembilan warden di SMKA Tun Datu Mustapha telah ditamatkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri, Mahkamah Koroner diberitahu hari ini.


6. Erra, Ezwan nikah 12 Disember ini

Penyanyi dan pelakon tanah air, Erra Fazira mengumumkan bakal berkahwin dengan pilihan hatinya Ezwan Zain pada 12 Disember depan.


7. Lima peluru ‘tembusi’ lelaki ditemukan maut di Taman Mesra Indah, Klang

Lelaki yang ditemukan mati dalam sebuah kereta pacuan empat roda di Taman Mesra Indah, Klang, Sabtu lalu, dipercayai ditembak dengan lima das tembakan pada jarak dekat.


8. Siasatan kes kehilangan Amri, pastor Koh tidak pernah dihentikan - Saifuddin Nasution

Polis tidak pernah sesekali menghentikan siasatan kehilangan Pastor Raymond Koh dan aktivis Amri Che Mat.


9. AGC arah kes kematian pelatih Palapes diklasifikasikan sebagai membunuh

Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan kes kematian pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Syamsul Haris Shamsudin, diklasifikasikan sebagai membunuh.


10. Pasca PRN Sabah: 17 ADUN angkat sumpah Pembantu Menteri Sabah

Sebanyak 17 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah mengangkat sumpah sebagai Pembantu Menteri Sabah di hadapan Yang Dipertua Negeri Tun Musa Aman dalam istiadat di Istana Seri Kinabalu di sini hari ini.







#berita pilihan #tempatan #DAP #masalah mental