awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mayat lelaki separa reput ditemukan di Bera
Pearly-Thinaah mara ke pusingan kedua Masters Indonesia
Jambatan Jalan Tun Abdul Razak dibuka sementara sempena Thaipusam - Datuk Bandar Ipoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lima peluru ‘tembusi’ lelaki ditemukan maut di Taman Mesra Indah, Klang

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
02/12/2025
09:01 MYT
Lima peluru ‘tembusi’ lelaki ditemukan maut di Taman Mesra Indah, Klang
Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar (tengah) ketika sidang media kejayaan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Selangor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor hari ini. - Foto Bernama
SHAH ALAM: Seorang lelaki berusia 26 tahun ditemukan mati dalam sebuah kereta pacuan empat roda di Taman Mesra Indah, Klang, Sabtu lalu, dipercayai ditembak dengan lima das tembakan pada jarak dekat.

Ringkasan AI
  • Individu yang mati dalam tembakan di Taman Mesra Indah, Klang mempunyai tiga rekod jenayah dadah, termasuk kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.
  • Ketua Polis Selangor menyatakan kematian mangsa 26 tahun itu disebabkan oleh lima das tembakan secara jarak dekat ke dada.
  • Polis mengesahkan tiada kaitan antara kes tembak di Taman Mesra Indah dengan kes serupa di Bukit Tinggi sebelum ini; siasatan masih berterusan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, berkata siasatan awal mendapati mangsa mempunyai tiga rekod jenayah lampau yang berkaitan dadah di bawah Seksyen 39B dan Seksyen 15 Akta Dadah Berbahaya 1952.
Beliau menambah, polis kini menyiasat semua aspek termasuk kemungkinan penglibatan mangsa dalam aktiviti kongsi gelap atau gangsterisme.
"Hasil bedah siasat juga mengesahkan punca kematian akibat kecederaan di dada disebabkan kesan tembakan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini, pada Selasa.
Dalam pada itu Shazeli memberitahu, setakat ini polis masih belum mengenal pasti suspek dan siasatan sedang dijalankan.
Sebelum ini, beberapa rakaman video menunjukkan seorang lelaki terkulai tidak sedarkan diri dalam kenderaan pacuan empat roda, dipercayai maut selepas ditembak, tular di media sosial.
Sementara itu ketika diminta mengulas sama ada kejadian itu mempunyai kaitan dengan kes tembakan di sebuah stesen minyak di Bukit Tinggi, Klang, bulan lalu, Shazeli menegaskan kedua-dua kes tersebut tidak berkaitan.

Topic Berkaitan
#individu maut
#Taman Mesra Indah
#rekod jenayah
#Polis Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan