awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua pertahanan Jepun, AS sahkan pakatan dua hala tidak goyah
Terpedaya iklan hartanah? Pembeli ada enam tahun untuk ambil tindakan undang-undang
Kerajaan sokong titah Sultan Selangor bantah aktiviti LGBT
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suami tikam isteri negatif dadah, tiada masalah mental, penganggur - Polis

Sinar Harian
Sinar Harian
02/12/2025
03:50 MYT
Suami tikam isteri negatif dadah, tiada masalah mental, penganggur - Polis
Lelaki tikam isteri sehingga maut dalam kejadian di Kampung Paku, Gual Ipoh, Tanah Merah, pada Isnin direman selama enam hari sehingga Ahad. - Gambar kecil: Mohd Yusoff. - Foto Sinar Harian
KOTA BHARU: Polis mengesahkan bahawa lelaki yang dipercayai menikam isterinya hingga maut menggunakan sebilah pisau di Kampung Paku, Gual Ipoh, Tanah Merah adalah negatif dadah, tidak mempunyai masalah mental, dan merupakan seorang penganggur.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan warga emas berusia 63 tahun itu bertindak demikian kerana bermotifkan cemburu.
“Suspek berada dalam keadaan terlalu marah sehingga bertindak menikam isterinya. Bagaimanapun, siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya kepada pemberita hari ini.
Menurut beliau, hasil siasatan mendapati mangsa, Mastura Abdullah, 40, telah ditikam sekali di bahagian badan sehingga mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Media sebelum ini melaporkan bahawa warga emas terbabit telah direman selama enam hari sehingga Ahad ini.
Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Tun Faez Fikhrie Tun Asrul Saini pada Selasa bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi Isnin lalu, Mastura yang bekerja sebagai tukang masak di Selayang, Selangor disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dipercayai akibat kecederaan parah.
Suspek dikatakan telah menyerah diri di Balai Polis Gual Ipoh kira-kira jam 1 petang hari yang sama.
Pasangan suami isteri itu telah mendirikan rumah tangga selama 14 tahun dan mempunyai dua orang anak berusia 10 dan 12 tahun. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#lelaki tikam isteri
#Tanah Merah
#reman
#Seksyen 302 Kanun Keseksaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan