MALAYSIA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 18/12/2025 | 15:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 18 Disember 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 18 Disember 2025.


1. PM Anwar tegur pandangan pertikai bantuan Malaysia kepada Gaza

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur pandangan sesetengah pihak yang mempertikaikan bantuan Malaysia kepada Gaza dengan menyifatkan kritikan seumpama itu bersifat tiada nilai kemanusiaan.



2. Lelaki maut ditetak di Klang, motif masih dalam siasatan

Seorang lelaki warga tempatan maut ditetak dalam pergaduhan di Taman Sentosa, Klang Selatan, dekat Klang, malam tadi.


3. Penganggur didakwa bunuh isteri

Seorang pengganggur didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh isterinya dalam kejadian di Flat Tuna, Seberang Jaya, Pulau Pinang, awal bulan ini.


4. Zara Qairina: Kes hina mahkamah Shafie Apdal didengar 3 Februari, Mona Din didenda RM300

Mahkamah Sesyen menetapkan 3 Februari depan sebagai tarikh pendengaran kes Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berhubung dakwaan menghina mahkamah berkaitan inkues kematian Zara Qairina Mahathir.


5. Namewee dijangkiti influenza, sebutan kes dadah ditangguh

Mahkamah Majistret menangguhkan prosiding sebutan kes dadah membabitkan Namewee kerana penyanyi rap itu yang dijangkiti Influenza A tidak dapat hadir ke mahkamah hari ini.


6. Kerajaan mohon lucut hak wang dalam akaun bank Ilham Tower berkaitan kes Tun Daim

Kerajaan memohon untuk melucut hak wang dalam akaun bank Ilham Tower Sdn Bhd dan individu yang disiasat berkaitan kes bekas Menteri Kewangan Allahyarham Tun Daim Zainuddin.


7. Hannah ada peluang buktikan tuduhan ‘pinggir Melayu’ tidak benar - Penganalisis

Lantikan Hannah Yeoh sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) merupakan peluang untuk beliau dan DAP menangkis tuduhan parti itu tidak mampu melaksanakan dasar secara saksama.


8. Kadar tol semasa dikekalkan pada tahun hadapan - Nanta

Kerajaan akan meneruskan kadar tol seperti biasa pada tahun hadapan melibatkan 10 lebuh raya utama di seluruh negara sebagai usaha melindungi kebajikan rakyat.


9. Situasi banjir akan terus dipantau rapi, bantuan dipercepat - PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, situasi banjir akan terus dipantau rapi dan bantuan akan disalurkan sebaik serta secepat mungkin.


10. Malaysia tunggu maklum balas Arab Saudi kuota tambahan haji 2026

Malaysia masih menunggu maklum balas Arab Saudi berhubung permohonan tambahan kuota haji bagi tahun hadapan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan.






#berita pilihan #tempatan #Mahkamah Majistret #inkues