awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut ditetak di Klang, motif masih dalam siasatan

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
18/12/2025
02:15 MYT
Lelaki maut ditetak di Klang, motif masih dalam siasatan
Shazeli berkata, mangsa yang berusia 34 tahun mengalami kecederaan parah akibat tetakan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, - Gambar tular
KLANG: Seorang lelaki warga tempatan maut ditetak dalam pergaduhan di Taman Sentosa, Klang Selatan, dekat sini malam tadi.
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada kira-kira pukul 11.10 malam.
"Mangsa, seorang lelaki India, berusia 34 tahun, mengalami kecederaan parah akibat tetakan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Shazeli memberitahu, polis masih menyiasat punca dan motif pembunuhan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara maksimum 40 tahun serta 12 sebatan jika sabit kesalahan.
Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu menghubungi pegawai penyiasat kanan jenayah, Asisten Superintendan Mohamed Syahrir Zabidi di talian 012-6650895, Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan (03-33762222) atau mana-mana balai polis berhampiran dengan segera.
Topic Berkaitan
#Seksyen 302 Kanun Keseksaan
#mati ditetak
#bunuh
#Klang
#gaduh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan