MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 19 Disember 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 19 Disember 2025.
1. Waris Editor Visual Astro AWANI terima pencen Penakat RM2,157 sebulan
Anak Allahyarham, Muhammad Danish Haikal menerima bayaran pencen bulanan berjumlah RM2,137 yang mula disalurkan pada 13 Disember lalu.
2. Diskaun tol 50 peratus sempena Krismas pada 23, 24 Dis - Nanta
Pemberian diskaun tol ini diharap dapat meringankan sebahagian daripada beban kos perjalanan rakyat.
3. Taktik beli emas guna wang palsu RM30,000 terbongkar
Wang yang diikat dalam bentuk bungkusan di dalam plastik kuning dilihat mencurigakan kerana bahagian tepinya berwarna putih.
4. PNB isytihar agihan pendapatan ASB 5.75 sen bagi tahun kewangan 2025
PNB mengumumkan pengagihan pendapatan 5.75 sen seunit untuk dana utamanya Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025.
5. Mayat wanita dalam beg: Lelaki miliki enam rekod jenayah ditahan
Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes penemuan mayat wanita dalam beg yang ditanam di belakang sebuah rumah tidak berpenghuni di Kampung Batu 4, Pedas, di Rembau semalam.
6. PRK Kinabatangan: BN calonkan anak Allahyarham Bung Moktar
Mohd Naim Kurniawan, anak kepada Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin, diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan yang dijadual berlangsung pada 24 Januari depan.
7. Kes 1MDB: Isu dikemuka peguam Najib telah dibicarakan - AGC
Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini menegaskan semua isu yang dikemukakan pihak pembelaan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kenyataan media berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah dibangkit dan dibicarakan sepanjang tempoh perbicaraan kes itu.
8. Kerajaan rangka inisiatif perkukuh perlindungan pelajar tahfiz, perketat tadbir urus institusi
Kerajaan sedang merangka beberapa inisiatif utama antaranya pelaksanaan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) 2.0 dan Standard Pengiktirafan Tahfiz Malaysia (SPTM) dalam usaha memperkukuh perlindungan kepada pelajar tahfiz serta memperketat tadbir urus institusi.
9. HASiL proses bayaran balik cukai RM17 bilion, libat lebih 3.5 juta kes
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) berjaya memproses bayaran balik lebihan cukai berjumlah RM17 bilion sehingga 18 Disember 2025, melibatkan 3,529,748 kes susulan peruntukan tambahan yang diumumkan oleh Perdana Menteri.
10. Faedah PERKESO boleh dimohon secara dalam talian mulai tahun depan - Ramanan
Bermula Januari depan, semua permohonan faedah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) meliputi empat akta utama boleh dikemukakan sepenuhnya secara dalam talian, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R.Ramanan.