awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat wanita dalam beg: Lelaki miliki enam rekod jenayah ditahan

Bernama
Bernama
19/12/2025
07:30 MYT
Mayat wanita dalam beg: Lelaki miliki enam rekod jenayah ditahan
Mayat ditemukan dalam beg yang ditanam di belakang sebuah rumah tidak berpenghuni di Kampung Batu 4, Pedas, Rembau dipercayai wanita yang dilaporkan hilang di Ampang, Selangor. - Gambar fail/Sinar Harian
SEREMBAN: Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes penemuan mayat wanita dalam beg yang ditanam di belakang sebuah rumah tidak berpenghuni di Kampung Batu 4, Pedas, di sini semalam.

Ringkasan AI
  • Seorang lelaki berusia 41 tahun ditahan bagi membantu siasatan kes penemuan mayat wanita dalam beg yang ditanam di belakang rumah tidak berpenghuni di Kampung Batu 4, Pedas, Negeri Sembilan.
  • Polis percaya lelaki terbabit mungkin mengenali mangsa namun belum dapat pastikan sama ada terlibat secara langsung dalam kes tersebut; individu lain turut disyaki terlibat.
  • Mayat wanita yang ditemui dipercayai merupakan wanita yang dilaporkan hilang di Ampang, Selangor sejak 8 Disember, kes ini menerima perhatian serius dari pihak polis untuk siasatan lanjut.

Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan SAC Muhammad Idzam Jaafar berkata lelaki berusia 41 tahun itu ditahan kira-kira 2.30 petang di Melaka, sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau.
"Lelaki itu kini direman seminggu hingga Khamis ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya kepada Bernama hari ini.
Beliau berkata berdasarkan siasatan, lelaki terbabit berkemungkinan mengenali mangsa dan setakat ini polis belum mempunyai maklumat sama ada dia terlibat secara langsung atau tidak dalam kes itu.
Lelaki itu juga, katanya memiliki enam rekod jenayah lampau termasuk dadah dan polis percaya terdapat beberapa individu lain yang turut terlibat dalam kes berkenaan.
Muhammad Idzam berkata proses bedah siasat sedang dijalankan di Hospital Rembau.
Mayat ditemukan dalam beg dipercayai wanita hilang di Ampang
Semalam, Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad dilaporkan berkata mayat ditemukan dalam beg yang ditanam di belakang sebuah rumah tidak berpenghuni di Kampung Batu 4, Pedas, di sini dipercayai wanita yang dilaporkan hilang di Ampang, Selangor, sejak 8 Dis lepas.
Beliau berkata laporan berhubung kehilangan wanita itu diterima Balai Polis Ampang, Ampang Jaya, pada Isnin lepas sebelum polis menjalankan pemeriksaan di sebuah rumah di Jalan Pedas-Linggi yang dikesan terdapat perlakuan jenayah.
-- BERNAMA


Topic Berkaitan
#Mayat dalam beg
#Lelaki ditahan
#Pedas
#Rembau
#rumah pusaka
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan