Inisiatif MySTEP diteruskan pada 2026

JPA memaklumkan, perolehan perkhidmatan Personel MySTEP hendaklah dilaksanakan berdasarkan peraturan dan tatacara ditetapkan dalam Garis Panduan Perolehan Perkhidmatan Personel MySTEP yang berkuat kuasa 1 Jan 2026.
PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan supaya inisiatif Malaysia Short-Term Employment Programme atau MySTEP diteruskan pada tahun depan.
Menerusi akaun Facebook rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), keputusan itu dinyatakan melalui surat edaran bertarikh 24 Dis ditandatangani Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan), Datuk Dr Mohd Bakhari Ismail.
"Inisiatif ini disasarkan kepada graduan atau pencari kerja termasuk Orang Kurang Upaya (OKU) dan warga emas bagi memberi peluang dan pengalaman pekerjaan sektor awam untuk jangka masa pendek," menurut hantaran itu.
JPA memaklumkan, perolehan perkhidmatan Personel MySTEP hendaklah dilaksanakan berdasarkan peraturan dan tatacara ditetapkan dalam Garis Panduan Perolehan Perkhidmatan Personel MySTEP yang berkuat kuasa 1 Jan 2026.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


