MALAYSIA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 29/12/2025 | 15:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 29 Disember 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 29 Disember 2025.


1. MB Perlis umum potong gaji RM3,000, Exco RM1,500

Menteri Besar Perlis yang baharu, Abu Bakar Hamzah, mengumumkan pemotongan gaji beliau sebanyak RM3,000 pada setiap bulan berkuat kuasa serta-merta.



2. Padah parkir bahu jalan, tiga kereta 'disagat' treler

Tindakan pemilik tiga kereta yang meletakkan kenderaan di bahu jalan mengundang padah apabila kenderaan mereka disagat sebuah treler yang gagal melepasi selekoh dalam kejadian di kawasan Rehat dan Rawat Jejantas Ayer Keroh, pada Ahad.


3. Pelantikan MB baharu Perlis uji keupayaan PN pulihkan keyakinan rakyat

Pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Perlis Abu Bakar Hamzah sebagai Menteri Besar Perlis yang baharu dengan perkenan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, menunjukkan krisis berkenaan diurus secara sah dan terkawal.


4. Polis buru ‘Ramesh’ dan ahli kumpulan jenayah terancang

PDRM berjaya menumpaskan sebahagian besar kumpulan jenayah terancang menerusi operasi bersepadu OPS III, yang aktif di Kedah serta beberapa kawasan di Pulau Pinang sejak 2020.


5. Titah Adendum: Najib fail rayuan berhubung isu tahanan di rumah

Beliau memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan semakan kehakiman berhubung Titah Adendum berkaitan isu tahanan rumah.

6. SPRM rakam keterangan bekas menteri disyaki terima rasuah RM5 juta, Lamborghini

SPRM merakam keterangan seorang bekas menteri kerana disyaki menerima rasuah wang kira-kira RM5 juta serta sebuah kereta Lamborghini, dipercayai berkaitan projek papan iklan dan pemindahan tanah.


7. Malaysia angkat kebersamaan ASEAN dalam dunia bergolak - PM Anwar

Malaysia memikul amanah Kepengerusian ASEAN 2025 pada ketika dunia berdepan keresahan dan ketidaktentuan, namun rantau ini memilih untuk kekal berpaut pada semangat kebersamaan, dialog dan saling menghormati, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim


8. Lebih 2 juta kenderaan guna lebuh raya PLUS Jumaat ini

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) meramalkan sejumlah 2.2 juta kenderaan akan menggunakan rangkaian lebuh raya kendaliannya pada waktu puncak pada 2 Januari 2026 sempena cuti persekolah akhir tahun.


9. Perolehan projek Tentera Darat: SPRM sita enam akaun bank, geledah beberapa syarikat

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyita enam akaun bank dipercayai milik seorang pegawai kanan Tentera Darat dan ahli keluarganya bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan perolehan projek Tentera Darat Malaysia.


10. KTMB tamat operasi perkhidmatan tren Ekspres Selatan mulai 1 Jan 2026

Operasi perkhidmatan tren Ekspres Selatan bagi laluan Gemas-JB Sentral-Gemas akan ditamatkan berkuat kuasa 1 Jan ini, setelah sembilan tahun pengoperasiannya dan berkhidmat kepada penumpang di sektor selatan.











#berita pilihan #tempatan #Mahkamah Tinggi #SPRM