awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
James Cameron sahkan Michelle Yeoh bakal bintangi dua sekuel filem Avatar
AirBorneo selesai peralihan DCS, mula beroperasi di bawah kod penerbangan sendiri
Anak pasangan maut di Sri Aman diberi sokongan psikososial - Nancy
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kajian keperluan UPSR, PT3 dijangka siap tahun ini - Fadhlina

Bernama
Bernama
15/01/2026
07:00 MYT
Kajian keperluan UPSR, PT3 dijangka siap tahun ini - Fadhlina
Fadhlina (dua, kanan) berkata kajian berkenaan dilaksanakan kerana kerajaan mengambil maklum permintaan serta pandangan ibu bapa dan warga pendidik berhubung keperluan kedua-dua ujian itu. -Foto Bernama
PUTRAJAYA: Kajian mengenai keperluan memperkenalkan semula Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dijangka siap dalam tahun ini, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Ringkasan AI
  • Kajian keperluan memperkenalkan semula Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dijangka siap dalam tahun ini, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
  • UPSR dimansuhkan pada 2021, manakala PT3 pada 2022, sebelum kedua-duanya digantikan dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah.
  • Kajian dilaksanakan bagi mengambil kira permintaan ibu bapa dan warga pendidik serta menerima maklum balas pelbagai pihak sebelum membuat keputusan penting berkaitan dasar pendidikan negara.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Beliau berkata kajian tersebut akan dilaksanakan segera selepas proses lantikan ahli Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) selesai.
"MPPK ini dalam proses pelantikan. Dari segi persiapan sebagaimana arahan saya, kita sudah bersedia.
"Cuma menunggu mereka (ahli MPPK) dilantik dan kemudian kita akan selesaikan (kajian) dalam tahun ini juga, sesegera mungkin," katanya kepada pemberita selepas Program PAKAT Prasekolah dan Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan di Sekolah Kebangsaan Presint 9 (1) di sini hari ini.
UPSR dimansuhkan pada 2021, manakala PT3 pula pada 2022, sebelum kedua-duanya digantikan dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah.
Fadhlina berkata kajian berkenaan dilaksanakan kerana kerajaan mengambil maklum permintaan serta pandangan ibu bapa dan warga pendidik berhubung keperluan kedua-dua ujian itu.
Beliau berkata pihaknya menerima maklum balas daripada pelbagai pihak, justeru, mendorong kerajaan untuk meneliti semula sebelum membuat keputusan penting berkaitan dasar pendidikan negara.
"Saya ingat tidak ada masalah pun untuk kita kaji kerana ada permintaan. Ini menandakan kerajaan mendengar bila ada permintaan dan kita ambil pendekatan untuk lihat dan kaji bersama sebelum kita buat keputusan penting," katanya.
Sementara itu, mengenai pengagihan Bantuan Awal Persekolahan (BAP), Fadhlina berkata kementerian menyasarkan proses itu diselesaikan dalam minggu ini, namun memberi sedikit kelonggaran kepada sekolah-sekolah tertentu.
"Kita sebenarnya harap dapat selesaikan dalam minggu ini juga, tetapi kita bagi masa lebih sedikit kerana ada sekolah di pendalaman dan yang mempunyai ramai pelajar mungkin memerlukan masa sedikit untuk diuruskan," katanya sambil menambah bahawa pengagihan BAP di seluruh negara setakat ini berjalan lancar.
-- BERNAMA

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah tujuan kajian yang dilakukan mengenai pengekalan atau pengenalan semula Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)? A: Tujuan kajian dilakukan adalah merespon permintaan dan pandangan ibu bapa serta warga pendidik berhubung keperluan PT3 dan UPSR.
  • Q: Mengapa kajian tersebut dijalankan selepas proses pelantikan ahli Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) selesai? A: Kajian dilaksanakan selepas proses pelantikan ahli MPPK selesai kerana kajian ini merupakan arahan daripada Menteri Pendidikan dan memerlukan input serta pandangan daripada MPPK.
  • Q: Bagaimanakah proses penggantian Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dilakukan? A: PT3 telah dimansuhkan pada 2022, diikuti dengan penggantian UPSR pada 2021, dan kedua-duanya digantikan dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah.
  • Q: Apakah tindakan yang diambil oleh kerajaan berkenaan dengan permintaan dan pandangan ibu bapa serta warga pendidik berhubung keperluan PT3 dan UPSR? A: Kerajaan mengambil inisiatif untuk menjalankan kajian bagi meneliti semula keperluan PT3 dan UPSR berdasarkan maklum balas yang diterima daripada pelbagai pihak sebelum membuat keputusan penting berkaitan dasar pendidikan negara.
  • Q: Bagaimanakah proses pengagihan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) dijalankan oleh Kementerian Pendidikan? A: Kementerian Pendidikan menyasarkan proses pengagihan BAP diselesaikan dalam minggu tertentu, namun memberi sedikit kelonggaran kepada sekolah-sekolah tertentu yang mungkin memerlukan masa tambahan untuk pengurusan, terutamanya sekolah di kawasan pendalaman atau yang memiliki ramai pelajar.

Topic Berkaitan
#Fadhlina Sidek
#UPSR
#PT3
#Kajian keperluan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan