MALAYSIA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 21/01/2026 | 15:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 21 Januari 2026.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 21 Januari 2026.


1. Ops Heart: SPRM periksa, geledah pejabat dan kediaman pengurusan tertinggi IJM

SPRM turut membekukan 55 akaun bank persendirian serta akaun syarikat yang berkaitan dengan jumlah keseluruhan dianggarkan kira-kira RM15.8 juta.



2. DIPN tonggak baharu perkasa industri pertahanan negara - Khaled Nordin

Landskap keselamatan global yang semakin kompleks, rapuh dan tidak menentu menuntut Malaysia memperkukuh keupayaan pertahanannya.


3. Murid masuk Tahun Satu usia enam tahun, tamat sekolah umur 16 tahun - KPM

Kanak-kanak yang mengikuti kemasukan awal ke Tahun Satu pada usia enam tahun (5+) bagi sesi 2027 dijadual menamatkan pendidikan peringkat menengah atas lebih awal iaitu pada usia 16 tahun.


4. Semua perolehan tentera yang dibeku wajib melalui rangka kerja DIPN - PM Anwar

Semua perolehan pertahanan mesti dikaji berdasarkan rangka kerja Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN) sebagai langkah memperkukuh tadbir urus, memastikan ketelusan serta membina keupayaan teknologi pertahanan tempatan.


5. Skandal rasuah: Integriti ATM tidak harus terjejas hanya disebabkan pecah amanah segelintir - PM

Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan semangat, integriti dan daya tahan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak seharusnya terjejas hanya disebabkan isu pecah amanah membabitkan segelintir individu dalam pasukan itu.


6. Murid 6 tahun perlu jalani ujian diagnostik sebelum diterima masuk tahun satu

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memaklumkan murid berusia enam tahun perlu menjalani ujian diagnostik melibatkan beberapa kriteria tertentu sebelum diterima masuk ke tahun satu pada sesi persekolahan 2027.


7. JKM Selangor siasat aduan taska tidak ikut SOP, dera kanak-kanak

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor menerima tiga aduan berhubung sebuah taska dipercayai terbabit dalam kes pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) termasuk isu penderaan di cawangannya, seperti tular di media sosial.


8. Tiada klausa dalam perjanjian ART benar pihak luar melangkaui undang-undang Malaysia - MITI

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menegaskan tiada klausa dalam Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) membenarkan pihak luar melangkaui undang-undang mahupun peraturan domestik Malaysia.


9. Tiada isu dijangka timbul ketika Nik Faisal dilantik sebagai pemegang mandat akaun AmBank - Najib

Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau tidak menjangkakan sebarang masalah akan timbul berkaitan akaun peribadi Ambank miliknya selepas bersetuju dengan pelantikan bekas Pengarah International Sdn Bhd Nik Faisal Ariff Kamil sebagai pemegang mandat akaun berkenaan pada 2011.


10. MIC masih bersama BN, dakwaan keluar hanya spekulasi - Zambry

MIC masih merupakan sebahagian daripada parti komponen Barisan Nasional (BN), kata Setiausaha Agung BN Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.




#berita pilihan #tempatan #Kementerian Kewangan #WhatsApp