awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'KPKT tidak terlibat secara langsung pencalonan Kampung Baru Cina jadi tapak warisan UNESCO'
WEF 2026: EU perlu lebih berdikari depani cabaran dunia - Von der Leyen
RPN 2026-2035 reformasi strategik pendidikan negara bina modal insan berkualiti
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DIPN tonggak baharu perkasa industri pertahanan negara - Khaled Nordin

Bernama
Bernama
21/01/2026
04:15 MYT
DIPN tonggak baharu perkasa industri pertahanan negara - Khaled Nordin
Pelancaran DIPN disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Gambar/ Astro AWANI/ Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini melancarkan Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN), pelan strategik jangka panjang bagi mengurangkan kebergantungan Malaysia terhadap pihak luar dalam soal keselamatan dan pertahanan, serta membina industri pertahanan tempatan yang kendiri, lestari dan berdaya tahan.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata landskap keselamatan global yang semakin kompleks, rapuh dan tidak menentu menuntut Malaysia memperkukuh keupayaan pertahanannya melalui pembangunan industri domestik yang kukuh dan berdaya saing.
"Adalah kerugian besar sekiranya peruntukan tinggi yang disalurkan kepada Kementerian Pertahanan setiap tahun tidak dimanfaatkan sepenuhnya untuk membangunkan industri pertahanan negara yang mampu berdiri atas keupayaan sendiri," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran DIPN di sini hari ini.
Pelancaran dasar itu disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan mencerminkan komitmen tertinggi kerajaan dalam memperkasa ekosistem industri pertahanan negara.
Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari dan Panglima Tentera Darat Jen Datuk Azhan Md Othman.
Antara pembaharuan utama, penetapan kandungan tempatan minimum 30 peratus bagi setiap perolehan pertahanan, selain penegasan bahawa semua aktiviti penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) perlu dilaksanakan oleh syarikat tempatan, kecuali dalam tempoh jaminan yang hanya boleh dikendalikan oleh pengeluar peralatan asal (OEM).
"Mana-mana syarikat tempatan yang gagal berinovasi, meningkatkan kandungan tempatan atau mengurangkan kos, kontrak MRO mereka boleh ditamatkan kerana keutamaan kita adalah kepentingan negara," katanya.
Dalam aspek pemindahan teknologi, Mohamed Khaled berkata Program Kolaborasi Industri (ICP) akan dilaksanakan secara lebih agresif dan bersasar, memberi penekanan hanya kepada syarikat tempatan yang berkeupayaan memanfaatkan teknologi dan menghasilkan produk bernilai tinggi.
Dalam perkembangan sama, Mohamed Khaled mengumumkan beberapa projek pertahanan nasional yang termasuk pembangunan satelit pertahanan tempatan, sistem laser pertahanan, keupayaan pembuatan casis kenderaan darat, sistem persenjataan, radar pasif, loitering munition system (kamikaze drone) serta simulator pertahanan.
Beliau menjelaskan inisiatif berkenaan bukan bertujuan menghasilkan sistem persenjataan sepenuhnya dalam tempoh singkat, sebaliknya sebagai langkah permulaan membangunkan komponen dan perkhidmatan tempatan, supaya syarikat Malaysia dapat menyertai rantaian bekalan industri pertahanan secara signifikan.
"Ini adalah pelaburan strategik demi kedaulatan, keselamatan dan masa depan negara," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#DIPN
#Khaled Nordin
#Industri Pertahanan
#kontrak pertahanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan