MALAYSIA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 27/01/2026 | 15:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 27 Januari 2026.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 27 Januari 2026.


1. PM Anwar setuju ujian diagnostik kemasukan Tahun Satu tidak dilaksana

Meskipun tiada ujian, pemantauan tahap kesiapsiagaan murid tetap penting dan tanggungjawab guru serta ibu bapa untuk mengawasi secara berterusan.



2. Mohd Kurniawan Naim angkat sumpah sebagai ahli Dewan Rakyat

Mohd Kurniawan Naim Moktar mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Kinabatangan yang baru di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.


3. Hakisan pantai Batu Ferringhi, Tanjong Bungah: JPS laksana langkah mitigasi

Tindakan termasuk laporan teknikal dan penambahan beg pasir untuk kawasan-kawasan tertentu.


4. Dr Mahathir nikmati minuman coklat di luar hospital, tanda kesihatan semakin baik

Kesihatan Tun Dr Mahathir Mohamad semakin baik dan dilihat sedang menikmati segelas air coklat ais di sebuah kafe di pusat membeli-belah di Bukit Damansara hari ini.


5. KKM pantau rapi, sah maklumat dengan saluran rasmi situasi virus Nipah di India

KKM sentiasa berkomunikasi dengan WHO dan pihak berkuasa antarabangsa berkaitan dalam mengesahkan laporan di media sosial berhubung jangkitan virus Nipah yang dilaporkan di India.


6. Ringgit capai paras tertinggi baharu 3.9540 berbanding dolar AS, terus catat aliran meningkat

Ringgit diniagakan pada 3.9540 berbanding dolar AS pada rehat tengah hari ini, mencatatkan paras tertinggi baharu sejak 15 Mei 2018 dan aliran meningkat itu dijangka berterusan.


7. Virus Nipah: Bergejala? Ini fakta penting yang perlu anda tahu

Virus Nipah pertama kali dikesan pada 1999 di Malaysia dan Singapura ketika berlaku wabak yang menjangkiti babi dan manusia.


8. Inkues Zara Qairina: Mahkamah bercadang adakan sesi ‘locus in quo’ di lokasi kejadian minggu depan

Mahkamah Koroner secara tentatif bercadang mengadakan sesi 'locus in quo' iaitu lawatan ke lokasi kejadian berkaitan kes kematian Zara Qairina Mahathir di bangunan asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Papar minggu depan.


9. MITI sedang laksana penilaian menyeluruh terhadap ART

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dengan kerjasama rapat kementerian dan agensi berkaitan sedang melaksanakan penilaian menyeluruh terhadap Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART).


10. Subsidi kerajaan kekang lonjakan harga tiket penerbangan musim perayaan - Loke

Inisiatif subsidi kerajaan bagi menstabilkan harga tiket penerbangan sempena musim perayaan sejak dua tahun lepas terbukti berkesan apabila lonjakan harga melampau, khususnya bagi penerbangan dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak, berjaya dikawal.




#berita pilihan #berita tempatan #berita Malaysia #Berita AWANI