Mohd Kurniawan Naim angkat sumpah sebagai ahli Dewan Rakyat

Naim Moktar mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Rakyat di Parlimen hari ini. -- fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kinabatangan yang baharu, Mohd Kurniawan Naim Moktar mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Rakyat di Parlimen hari ini.
Ringkasan AI
- Mohd Kurniawan Naim Moktar mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Kinabatangan yang baru di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
- Beliau memenangi Pilihan Raya Kecil Parlimen Kinabatangan dengan majoriti besar 14,214 undi, mengalahkan calon dari Warisan dan calon Bebas.
- Mohd Kurniawan Naim turut mengajukan soalan pertama beliau kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai potensi pelaburan di kawasan luar bandar semasa sesi Waktu-Waktu Pertanyaan Menteri.
Beliau menewaskan Datuk Saddi Abdul Rahman daripada Warisan yang memperoleh 5,638 undi manakala calon Bebas Goldam Hamid mendapat 946 undi.
PRK Parlimen Kinabatangan diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66, yang juga bapa kepada Mohd Kurniawan Naim, pada 5 Dis tahun lepas.
Johari dalam ucapan pemasyuran selepas majlis angkat sumpah itu berharap Mohd Kurniawan Naim dapat memberi khidmat terbaik buat penduduk di kawasannya, selain memainkan peranan yang berkesan di Dewan Rakyat buat kebaikan rakyat dan negara.
"Saya berharap Yang Berhormat dapat meneruskan legasi dan jasa Allahyarham ayahanda dengan beri sumbangan yang bermakna, semoga berkhidmat dengan cemerlang dan dedikasi," katanya.
Mohd Kurniawan Naim turut mengajukan soalan pertama beliau di Dewan Rakyat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sesi Waktu-Waktu Pertanyaan Menteri mengenai potensi kemasukan pelaburan ke kawasan luar bandar termasuk di Parlimen Kinabatangan.
-- BERNAMA
Dapatkan keputusan dan berita terkini PRK Kinabatangan dan PRK Lamag di sini


Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

