MALAYSIA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 03/02/2026 | 15:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 3 Februari 2026.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 3 Februari 2026.


1. Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi

Permohonan itu telah difailkan di Mahkamah Tinggi pada 28 Jan lepas dengan menamakan Pendakwa Raya sebagai responden.



2. LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois

Semua pembayar cukai diingatkan supaya sentiasa memastikan maklumat percukaian yang dikemukakan adalah tepat, lengkap dan terkini bagi mengelakkan penalti yang lebih berat.


3. 200 veteran ATM dijangka sertai AKPS bermula suku pertama tahun ini

Kira-kira 200 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka menyertai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) bermula suku pertama tahun ini, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.


4. Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah

Mahkamah Koroner pada prosiding inkues kematian Zara Qairina Mahathir hari ini mendengar keterangan seorang guru agama yang menceritakan pertemuan terakhirnya bersama arwah, kira-kira dua bulan sebelum kematian pelajar itu.


5. Balu Tun Daim fail larangan bersuara terhadap Anwar Ibrahim

Balu bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin akan memohon kepada Mahkamah Sesyen di sini untuk mendapatkan perintah larangan bersuara terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


6. Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak

Misteri kehilangan lima beranak akhirnya terungkai apabila polis menemui rangka manusia dipercayai dibunuh dalam sebuah rumah terbiar yang terbakar di kawasan kebun kelapa sawit di Kangkar Pulai, Skudai pada awal bulan lepas.


7. SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menegaskan peranannya adalah untuk memastikan wang hasil rasuah yang dicuri daripada negara berjaya dirampas dan dipulangkan semula kepada kerajaan demi kepentingan rakyat.


8. Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony

Cadangan untuk mengkaji pelaksanaan pilihan raya Datuk Bandar Kuala Lumpur bukan perbincangan dibawa DAP semata-mata, malah ada figura politik lain yang turut membangkitkan saranan berkenaan.


9. Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL dilaksana UIAM, bukan DAP - Hannah Yeoh

Kajian mengadakan pilihan raya Datuk Bandar Kuala Lumpur bukan dilakukan oleh pemimpin DAP, sebaliknya, dijalankan oleh ahli akademik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), sebuah institusi akademik yang berwibawa.


10. TPM Ahmad Zahid cadang Skim Potongan Gaji sukarela perluas program wakaf al-Quran

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mencadangkan pelaksanaan Skim Potongan Gaji (SPG) secara sukarela membabitkan petugas kerajaan, badan berkanun dan sektor swasta sebagai antara kaedah memperluas program wakaf al-Quran.



#berita pilihan #tempatan #LHDN #DBKL