ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 21 Februari 2026.
1. Tembok laut Padang Kota Lama, Pulau Pinang terima pengiktirafan UNESCO
Advertisement
Projek tersebut menerima anugerah bagi Reka Bentuk Baharu dalam Konteks Warisan dengan pengiktirafan khas untuk pembangunan mampan
2. Johor cadang bina jajaran penting dahulu jika projek ART diluluskan - Exco
Langkah itu penting bagi memastikan pelaksanaan ART disegerakan bagi menyuraikan lalu lintas di kawasan terlibat seiring pengoperasian projek Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru-Singapura pada 2027.
3. Rebut lima waktu mustajab berdoa di bulan Ramadan
Mengetahui masa terbaik untuk berdoa dapat membantu umat Islam mengisi bulan mulia ini dengan lebih bermakna.
4. Malaysia teliti keputusan mahkamah AS, langkah tarif Trump - Johari
Malaysia sedang menilai implikasi keputusan Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS) dan tarif baharu yang diumumkan oleh Presiden AS Donald Trump.
5. Azam Baki fail saman fitnah ke atas Bloomberg
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki failkan saman fitnah terhadap Bloomberg berhubung penerbitan artikel tidak berasas.
6. Kematian Truper Indiran: Tiada unsur penderaan, jangan politikkan isu - Mohamed Khaled
Tiada unsur penderaan atau buli dikesan dalam kematian anggota tentera Truper K. Indiran, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
7. Bersatu rombak bahagian dan sayap, pasukan khas ambil alih proses penyusunan semula
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bakal memulakan proses penyusunan semula bahagian-bahagian parti serta pemegang jawatan ketua dan ahli jawatankuasa sayapnya.
8. KKM pergiat usaha pengukuhan kawalan keselamatan makanan
Kementerian Kesihatan (KKM) mempergiatkan usaha pengukuhan kawalan keselamatan makanan di semua peringkat bagi mencapai sasaran kadar kejadian keracunan makanan kurang 50 kes bagi setiap 100,000 populasi menjelang 2030.
9. Kemelut Bersatu: Kembalilah kepada UMNO - Khaled Nordin
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata parti itu sentiasa membuka pintu kepada ahli dan pemimpin Bersatu untuk kembali demi memperkukuh dan memperkuat perpaduan orang Melayu.
10. ‘Abah nak balik, berulang kali sebut nak rehat di akhirat' – Anak Mursyidul Am Pas
Luahan menyentuh hati anak kepada Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin, mengundang sebak dan doa orang ramai apabila beliau kini sedang menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang.