ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 23 Februari 2021.
1) Sejarah bakal tercipta, Perdana Menteri ketuai rakyat untuk terima vaksin COVID-19 esok
Tanggal 24 Februari 2021 bakal mencatatkan satu lagi sejarah penting negara apabila Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bermula.
2) Suntikan vaksin COVID-19 ambil masa 15 hingga 30 minit - Dr Adham Baba
Individu yang akan disuntik dengan vaksin COVID-19 perlu melalui lima stesen di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dengan proses suntikan mengambil masa antara 15 dan 30 minit termasuk proses pemantauan untuk kesan sampingan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.
3) COVID-19: 2,468 kes baharu, 4,055 sembuh dan 14 kematian
Malaysia merekodkan sebanyak 2,468 kes baharu COVID-19, menjadikan jumlah keseluruhan kes kini sebanyak 288,229 kes.
4) COVID-19: Pengusaha rayu kerajaan buka semula industri acara
Pengusaha industri acara merayu kerajaan membuka semula industri itu yang kini sangat tenat, ibarat telur di hujung tanduk.
5) Surat masuk asrama mungkin boleh jadi kebenaran khas rentas daerah, negeri - Ismail Sabri
Surat kemasukan ke asrama atau surat daripada guru mungkin boleh dijadikan surat kebenaran khas untuk merentas daerah dan negeri ketika sesi persekolahan dibuka 1 Mac nanti.
6) Saksi nafi gelaran Datuk diterima ada kaitan kes 1MDB
Seorang saksi dalam perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan laporan audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menafikan pingat Panglima Mahkota Wilayah yang membawa gelaran Datuk yang diterimanya tahun lepas adalah kerana beliau mempunyai bukti dalam kes itu.
7) Setahun Langkah Sheraton: Tiada agenda, pencapaian boleh dibangga - MP Muar dan Semporna
Hari ini, genap setahun ‘Langkah Sheraton’ yang menyaksikan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) dijatuhkan oleh pemerintahan yang didominasi oleh parti Bersatu, UMNO dan Pas yang kini dijenamakan sebagai Perikatan Nasional (PN).
8) Pemaju EKVE diberi tempoh dua bulan baik pulih cerun
Pemaju projek Lebuhraya Lembah Klang Timur (EKVE) diberi tempoh dua bulan bagi menyelesaikan kerja baik pulih tebing sungai, penstabilan dan penutupan cerun terdedah, selain menyelenggara sebahagian cerun berhampiran Sungai Ampang dekat sini bagi mengelakkan pencemaran sungai.
9) Tiada kebakaran semula pada kabel elektrik Jambatan Pulau Pinang - TNB
Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengesahkan tiada kebakaran semula yang berlaku pada ketiga-tiga kabel elektrik 132kV yang dilaporkan terbakar di Kilometer 3.2 Jambatan Pulau Pinang, semalam.
10) Genting Skyworlds akan dibuka pada suku kedua tahun ini
Ketua Operasi dan Strategi Perniagaan RWG, Lee Thiam Kit berkata kumpulan itu telah membelanjakan lebih daripada US$800 juta (US $ 1 = RM4.04) pada taman tema tersebut.
Astro Awani
Tue Feb 23 2021

Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

40 khemah peniaga, 16 rumah di Kepala Batas rosak akibat ribut
Melibatkan kerugian kepada 16 keluarga di Kampung Paya Keladi Hujung dan Kampung Paya Keladi Tengah, kerana kerosakan pada rumah terutama bahagian bumbung, selain peralatan elektrik dan perabut.

Dua maut kemalangan babitkan dua kenderaan di Seremban
Dalam kemalangan kira-kira 7.45 malam itu, seorang lelaki berusia 24 tahun yang merupakan pemandu Proton Saga dan penumpang wanita berusia 40 tahun, maut selepas tersepit dalam kereta berkenaan.

COVID-19: Kes positif global lebih 115 juta, kematian lepasi angka 2.5 juta
Data Johns Hopkins University menunjukkan angka kes positif kini meningkat kepada 115.4 juta.

UiTM FC bersedia hadapi Liga Super 2021
UiTM FC yakin dengan persediaan mereka untuk sepak mula Liga Super 2021 berhadapan Terengganu FC di Stadium UiTM, Shah Alam, Sabtu ini.

Jangan heret perlawanan ke penalti, Mora ingatkan JDT
Jurulatih berusia 41 tahun dari Mexico itu juga percaya anak buahnya tidak akan diberi laluan mudah oleh KDA FC.

Lesen peniaga, penjaja dan bayaran separuh sewaan premis dilanjutkan sehingga 31 Julai
Keputusan dibuat selepas mengambil kira senario semasa orang ramai yang terpaksa berbelanja bagi persiapan pembukaan sekolah selain menyambut Ramadan dan Aidilfitri.

Malaysia Airports tawar perkhidmatan saringan keselamatan kesihatan swasta
Langkah itu diharapkan dapat memudahkan penumpang KLIA kerana pelancong dapat menjalani ujian dan menunggu keputusan ujian saringan dalam persekitaran yang selesa.

MSN sangkal dakwaan amal sikap pilih kasih
Kenyataan MAKAF bahawa keputusan MSN tidak selari dengan perancangan dan kehendak persekutuan itu agak menyimpang daripada situasi sebenar.
![[INFOGRAFIK] UMNO putus hubungan dengan BERSATU selepas bubar Parlimen [INFOGRAFIK] UMNO putus hubungan dengan BERSATU selepas bubar Parlimen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1893748/33543290901614877285609_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] UMNO putus hubungan dengan BERSATU selepas bubar Parlimen
![[INFOGRAFIK] Kronologi Runtuhan Jambatan Lebuh Raya Dalam Pembinaan (SUKE) [INFOGRAFIK] Kronologi Runtuhan Jambatan Lebuh Raya Dalam Pembinaan (SUKE)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1893747/33543290891614877053307_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Kronologi Runtuhan Jambatan Lebuh Raya Dalam Pembinaan (SUKE)

Berita tempatan pilihan sepanjang Selasa
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Perbicaraan 1MDB: Saksi kontak rapat rakan positif COVID-19, perbicaraan ditangguhkan
Kes perbicaraan 1MDB melibatkan DS Najib Tun Razak ditangguhkan selepas mahkamah dimaklumkan yang saksi pendakwaan ke-10 merupakan kontak rapat kepada seorang rakannya telah diuji positif COVID-19.

Najib dijangka fail permohonan mulakan prosiding hina mahkamah terhadap Tommy Thomas - Peguam
Peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan pemberita bahawa permohonan itu berkemungkinan besar difailkan dalam minggu ini.

Mahkamah Tinggi tolak permohonan Najib tangguh perbicaraan 1MDB
Selepas mendengar hujah, Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah menolak permohonan penangguhan, namun menetapkan satu tarikh perbicaraan pada bulan April ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

"Saya percaya UMNO peroleh manfaat daripada 1MDB" - Bekas CEO
Bekas CEO 1MDB Mohd Hazem Abd Rahman mengulangi pendiriannya bahawa beliau masih percaya UMNO telah mendapat manfaat daripada syarikat itu.

Bimbang kerajaan mahu hapus peranan ayah sebagai pembangkang - Nooryana Najib
Menurut Nooryana, Najib kini dilihat sebagai seorang pembangkang yang amat berkesan dalam menyemak imbang kerajaan.

Tiada ahli kabinet bantah penglibatan Najib dalam mesyuarat berkaitan 1MDB - Saksi
Najib memainkan tiga peranan iaitu selaku perdana menteri, menteri kewangan dan juga pengerusi lembaga penasihat 1MDB.

Bekas CEO 1MDB negatif COVID-19, kata TPR
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB Mohd Hazem Abd Rahman, saksi pendakwaan ke-10 dalam perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak, yang dilaporkan tidak sihat, disahkan negatif COVID-19.

Najib maklumkan putera Arab Saudi minta sumbangan kepada Yayasan 1MDB tidak dihebahkan - Saksi
Mazidah berkata demikian ketika membacakan penyataan saksinya pada perbicaraan kes bekas perdana menteri itu melibatkan penyelewengan dana 1MDB.