awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita Terkini ASEAN25: ASEAN teruskan perbincangan hantar pemerhati ke Myanmar - Mohamad Hasan

Bernama
Bernama
25/10/2025
14:53 MYT
Berita Terkini ASEAN25: ASEAN teruskan perbincangan hantar pemerhati ke Myanmar - Mohamad Hasan
Mohamad berkata, blok itu kekal teguh bahawa Konsensus Lima Perkara ialah rujukan utama dalam membantu usaha serantau memulihkan keamanan dan kestabilan di Myanmar. - Bernama
KUALA LUMPUR: ASEAN akan meneruskan perbincangan mengenai penghantaran pemerhati ke Myanmar, bersama beberapa inisiatif bertujuan menangani krisis di negara berkenaan, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.
Beliau berkata blok itu kekal teguh bahawa Konsensus Lima Perkara ialah rujukan utama dalam membantu usaha serantau memulihkan keamanan dan kestabilan di Myanmar.
"Berhubung penghantaran pasukan pemerhati ASEAN, kami akan membincangkannya pada peringkat pegawai kanan dan mereka akan melaporkan semula kepada kami. Kami menegaskan kepentingan kesinambungan usaha ASEAN terhadap Myanmar dan membincangkan cadangan untuk menyemak semula tempoh perkhidmatan Utusan Khas mengenai Myanmar.
"Kami bersetuju untuk menugaskan pegawai kanan membincangkan cadangan ini dengan lebih lanjut, namun tiada keperluan mendesak untuk membuat keputusan pada peringkat ini. Tentang pilihan raya (di Myanmar), mesyuarat bersetuju bahawa pilihan raya mesti diadakan dengan adil, telus, inklusif dan berwibawa serta menegaskan keperluan dialog yang inklusif sebelum pilihan raya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Mohamad berkata ASEAN menekankan keperluan untuk meneruskan momentum dalam usaha menangani isu Myanmar dan membincangkan cadangan untuk melanjutkan mandat Utusan Khas ASEAN bagi memastikan penglibatan yang lebih konsisten.
"Terdapat beberapa pandangan mengenai cadangan ini, sama ada kita perlu menetapkan tempoh tetap, contohnya tiga tahun atau meneruskan amalan semasa dengan melantik utusan khas berdasarkan kepengerusian ASEAN," katanya.
Pihak berkuasa Myanmar mengumumkan tarikh pilihan raya umum pada 28 Dis, meskipun terdapat desakan agar keutamaan diberikan kepada usaha keamanan negara dan kestabilan.
Mohamad turut menekankan keperluan untuk memperkukuh kerjasama dengan Pusat Penyelarasan ASEAN bagi Bantuan Kemanusiaan (AHA Centre) untuk memastikan bantuan berkenaan sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukan, sejajar dengan prinsip kemanusiaan ASEAN.
Beliau berkata ASEAN menghargai sumbangan negara anggota, rakan luar, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan sektor swasta dalam usaha meringankan krisis kemanusiaan di Myanmar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ASEAN Summit
#Myanmar
#Sidang Kemuncak ASEAN
#pasukan pemerhati
#keamanan
#Mohamad Hasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan