awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Korea Selatan laporkan kes keempat demam babi Afrika ketika virus menular ke seluruh negara
Bursa Malaysia cecah paras tertinggi baharu, indeks komposit naik 1.55 peratus
Angka ekonomi negara memukau, namun jangan dilupakan yang terpinggir - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita Terkini ASEAN25: Malaysia, Australia teroka bidang baharu dalam sektor tenaga

Amirul Aiman
Amirul Aiman
28/10/2025
12:45 MYT
Berita Terkini ASEAN25: Malaysia, Australia teroka bidang baharu dalam sektor tenaga
Anwar bersama rakan sejawatnya dari Australia, Anthony Albanese, selepas menandatangani plak pelancaran kampus baharu Monash University Malaysia di Kuala Lumpur sempena Mesyuarat Tahunan Pemimpin Malaysia–Australia (ALM) hari ini. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Malaysia dan Australia sedang meneroka bidang baharu dalam sektor tenaga bagi memperkukuh hubungan strategik dua hala, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar berkata rundingan mengenai kerjasama tenaga kini dijalankan antara Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan rakan sejawatnya di Australia bagi memperluas peluang pelaburan serta pembangunan teknologi baharu.
"Sudah tentu, kita mempunyai kerjasama yang sangat berjaya bersama Lynas.
"Walaupun terdapat beberapa isu pada peringkat awal, kita kini telah memutuskan untuk meneruskan pelaburan tersebut, yang merupakan antara pelaburan utama Lynas di Malaysia," katanya.
Beliau berkata demikian semasa sidang media bersama Perdana Menteri Australia Anthony Albenese selepas mesyuarat dua hala Malaysia-Australia yang diadakan selepas Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini.
Beliau menambah, Malaysia turut menekankan kepentingan pelaburan jangka panjang dalam sektor tenaga termasuk pembangunan modal insan serta penyelidikan teknologi untuk meningkatkan daya saing dan kemahiran tenaga kerja tempatan.
Anwar berkata, kedua-dua negara turut memperkukuh kerjasama dalam bidang pertanian bagi meningkatkan pengeluaran serta memperbaiki sistem pengairan yang menjadi keutamaan Kementerian Pertanian ketika ini.
Beliau turut menyentuh usaha memperkukuh hubungan dalam sektor pendidikan, belia dan sukan termasuk peningkatan jumlah pelajar Malaysia di institusi pengajian tinggi Australia yang semakin meningkat setiap tahun.
Sementara itu, Albanese berkata pasukan pelaburan kedua-dua negara telah mengenal pasti projek bernilai tinggi dalam pelbagai sektor termasuk tenaga dan pendidikan bagi memperkukuh hubungan ekonomi dua hala.
“Pasukan pelaburan telah mengenal pasti kira-kira A$20 bilion potensi projek yang sedang dibangunkan.
"Kami turut mengumumkan tambahan A$250 juta pelaburan langsung baharu yang diumumkan pada pagi pertama lawatan saya ke Kuala Lumpur, dan kami akan terus meneliti projek-projek lain,” katanya.
Pada Sidang Kemuncak ASEAN-Australia ke-5, Albanese berkata Australia komited untuk memperkukuh penglibatan ekonomi dengan ASEAN melalui pelaburan strategik dan kerjasama jangka panjang yang memacu pertumbuhan serantau.
Beliau berkata, Australia berhasrat merebut peluang pelaburan serta perdagangan yang dikenal pasti di bawah strategi serantau tahun 2040 bertajuk Invested.
Dapatkan berita ASEAN 2025 di sini
Topic Berkaitan
#ASEAN25
#bidang pertanian
#sistem pengairan
#hubungan strategik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan