Berita Terkini ASEAN25: Malaysia, AS naik taraf hubungan dua hala - Wisma Putra

Kedua-dua pemimpin menyifatkan pertemuan sulung semasa lawatan rasmi Presiden Amerika Syarikat ke Malaysia bersempena Sidang Kemuncak ASEAN-Amerika Syarikat ke-13 dan Sidang Kemuncak Asia Timur ke-20 ini, sebagai satu detik bersejarah. -Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Satu pencapaian bersejarah! Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menandatangani perjanjian untuk menaik taraf hubungan dua hala ke arah Perkongsian Strategik Komprehensif (CSP) sebagai pengiktirafan terhadap kerjasama strategik dan pelbagai dimensi yang semakin berkembang antara Putrajaya dan Washington.
Ringkasan AI
- Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Presiden AS Donald Trump menandatangani perjanjian menaik taraf hubungan dua hala kepada Perkongsian Strategik Komprehensif (CSP).
- CSP memperkukuh kerjasama dalam perdagangan, teknologi, keselamatan, tenaga dan hubungan rakyat, berasaskan hubungan diplomatik sejak 1957.
- Lawatan rasmi Trump ke Malaysia sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 menandakan sokongan terhadap hubungan dua hala dan peranan Malaysia di rantau Asia Pasifik.
CSP akan terus mengukuhkan peranan Malaysia sebagai rakan kongsi penting dan dipercayai di rantau Asia Pasifik.
Amerika Syarikat antara rakan dagang terbesar Malaysia dan pelabur terbesar secara keseluruhan. Jumlah perdagangan antara kedua-dua negara bernilai RM324.91 bilion (US$71.39 bilion) pada 2024.
Menurut Wisma Putra, kedua-dua pemimpin menyifatkan pertemuan sulung semasa lawatan rasmi Presiden Amerika Syarikat ke Malaysia bersempena Sidang Kemuncak ASEAN-Amerika Syarikat ke-13 dan Sidang Kemuncak Asia Timur ke-20 ini, sebagai satu detik bersejarah.
Lawatan rasmi Trump ke Malaysia adalah bersempena sidang kemuncak tersebut.
Malaysia merupakan destinasi pertama Trump dalam lawatan ke tiga negara di Asia, turut merangkumi Korea Selatan dan Jepun.-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


