Berita Terkini ASEAN25: Thailand pantau rapi pelaksanaan Perjanjian Damai KL

Ahad lepas, Anutin dan rakan sejawatnya dari Kemboja Hun Manet, memeterai Perjanjian Damai KL dengan disaksikan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Thailand mengesahkan penarikan balik senjata berat di sempadan negara itu dan Kemboja telah bermula, menandakan permulaan pelaksanaan fasa awal Perjanjian Damai KL yang dimeterai kedua-dua negara Ahad lepas.
Ringkasan AI
- Thailand mula tarik balik senjata berat di sempadan dengan Kemboja, menandakan pelaksanaan fasa awal Perjanjian Damai KL yang dimeterai pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.
- Proses penarikan senjata dipantau rapi oleh pihak berkuasa dan ICRC, serta melibatkan kerja pembersihan periuk api, pengurusan sempadan dan usaha memerangi jenayah rentas sempadan.
- Perjanjian Damai KL disaksikan oleh pemimpin ASEAN termasuk PM Malaysia dan Presiden AS, bertujuan mengurangkan risiko pertempuran dan memperkukuh kestabilan serantau.
Beliau berkata penarikan balik senjata itu melibatkan pasukan tentera Thailand dan Kemboja dengan proses dijalankan selaras piawaian antarabangsa dan dipantau oleh Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) yang akan melakukan pemeriksaan perubatan terhadap tawanan sebelum mereka dibebaskan.
Maratee berkata pelaksanaan perjanjian damai itu meliputi empat bidang utama iaitu penarikan senjata berat dari kawasan sempadan, kerja-kerja pembersihan periuk api, memerangi jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian serta pengurusan kawasan sempadan.
"Apabila penarikan senjata berat dari kawasan sempadan selesai, risiko untuk berlaku pertempuran akan berkurangan dengan ketara. Proses ini akan mengukuhkan keamanan dan kestabilan kedua-dua negara," katanya.
Semalam, Bernama melaporkan Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul berkata negara itu akan bertindak balas sebaik sahaja Kemboja memulakan penarikan balik senjata berat dari kawasan sempadan.
"Mereka (Kemboja) telah memulakan proses ini malam tadi, dan sebaik mereka bertindak, kami (Thailand) juga akan bertindak balas kerana kami turut mempunyai senjata berat yang dikerahkan di kawasan tersebut," katanya.
Ahad lepas, Anutin dan rakan sejawatnya dari Kemboja Hun Manet, memeterai Perjanjian Damai KL dengan disaksikan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.
Majlis penandatanganan perjanjian itu berlangsung di luar Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di sini.
-- BERNAMA

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

