awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Objek disyaki serpihan dari angkasa ditemukan di pesisir pantai di Pekan
VM2026 di KL Sentral: Pelawat teruja terima cenderamata, akui rakyat Malaysia peramah
VM2026: LADA rancang 50 acara besar, tonjol tarikan asli Langkawi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Berjimat jangan sampai jejas perkhidmatan awam'

Sinar Harian
Sinar Harian
17/07/2022
02:15 MYT
'Berjimat jangan sampai jejas perkhidmatan awam'
Adnan menegaskan, adalah tidak wajar jika kerajaan memotong perbelanjaan sehingga mengakibatkan sistem perkhidmatan awam terjejas. - Gambar fail
SHAH ALAM: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyifatkan langkah kerajaan melakukan penjimatan perbelanjaan awam adalah wajar tetapi jangan sampai menjejaskan sistem penyampaian perkhidmatan serta kebajikan penjawat awam.
Presidennya, Datuk Adnan Mat berkata, Cuepacs pada dasarnya menyambut baik langkah penjimatan itu kerana ia contoh ‘kepimpinan melalui teladan’ ketika rakyat digalakkan untuk berjimat dalam perbelanjaan.
“Beberapa perkara perlu diteliti semula dalam melaksanakan potongan perbelanjaan kepada perkhidmatan awam terutama perkara yang boleh mengakibatkan ‘gangguan’ kepada sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat,” katanya.
Sinar Harian pada Jumaat melaporkan semua kementerian, jabatan, agensi, badan berkanun dan syarikat jaminan kerajaan (CLBG) diarah melakukan penjimatan dengan menguruskan aliran tunai mengikut keutamaan, berkuat kuasa serta-merta.
Adnan menegaskan, adalah tidak wajar jika kerajaan memotong perbelanjaan sehingga mengakibatkan sistem perkhidmatan awam terjejas.
Katanya, akhirnya perkhidmatan awam akan dihakimi oleh rakyat sebagai gagal kerana tidak mampu berkhidmat dengan baik. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#cuepacs
#penjawat awam
#Adnan Mat
#penjimatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan