awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lisa Blackpink dilantik Duta Amazing Thailand
Warisan India berkembang pesat di Malaysia - Modi
Subsidi bersasar RON95 dijangka beri penjimatan fiskal RM2.5 bilion hingga RM4 bilion setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Berkelakuan seperti pembuli" - Sultan Selangor tegur kelakuan tidak beradab Ahli Parlimen

Bernama
Bernama
11/12/2025
04:40 MYT
"Berkelakuan seperti pembuli" - Sultan Selangor tegur kelakuan tidak beradab Ahli Parlimen
Sultan Sharafuddin bertitah bahawa Ahli Parlimen yang berperangai sedemikian sepatutnya menjadi teladan kepada generasi muda, namun sebaliknya "mereka berkelakuan seperti pembuli". - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegur Ahli-Ahli Parlimen yang gagal menunjukkan contoh baik dan meminta mereka mewakili rakyat dengan penuh hormat, maruah dan integriti.

Ringkasan AI
  • Sultan Selangor tegur Ahli Parlimen gagal tunjukkan contoh baik, mewakili rakyat dengan hormat dan integriti.
  • Sultan menzahirkan kekecewaan terhadap wakil rakyat yang terjerumus dalam pertengkaran dan tingkah laku biadab di Dewan Rakyat.
  • Sultan Sharafuddin menekankan perlunya Ahli Parlimen berbahas secara berilmiah, mengekalkan adab, dan menunjukkan kematangan sebagai teladan kepada generasi muda.

Baginda menzahirkan rasa kecewa terhadap segelintir wakil rakyat yang terjerumus dalam pertengkaran, jerit-menjerit serta tingkah laku tidak tertib di Dewan Rakyat.
"Keadaan ini memalukan. Walaupun pelbagai peringatan telah diberikan sebelum ini, masih ada yang terus berkelakuan biadab," titah baginda dalam temu bual bersama Bernama.
Sultan Sharafuddin bertitah bahawa Ahli Parlimen yang berperangai sedemikian sepatutnya menjadi teladan kepada generasi muda, namun sebaliknya "mereka berkelakuan seperti pembuli".
Bulan lalu, dua Ahli Parlimen telah diarahkan keluar dewan selepas berlaku pertengkaran mulut.
Sepanjang tahun ini, beberapa insiden kekecohan turut berlaku di Parlimen akibat kemarahan yang memuncak.
Tuanku menegaskan bahawa Dewan Rakyat mesti menjadi contoh wacana demokrasi yang matang.
"Ahli Parlimen seharusnya berbahas dan berhujah secara berilmiah dan mengemukakan idea yang membina.
"Tidak perlu bersikap kasar atau menghamburkan kata-kata kesat antara satu sama lain.
"Kedangkalan sedemikian hanya akan menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap institusi ini," titah baginda.
Sultan Sharafuddin turut menyeru Ahli Parlimen mengekalkan adab, berbahas dengan tertib dan memperlihatkan kematangan.
"Saya tidak berniat mencampuri urusan perjalanan Dewan Rakyat kerana itu adalah tanggungjawab Yang Dipertua Dewan, namun sesetengah perlakuan dalam Dewan Rakyat memberi gambaran buruk terhadap kepimpinan kita dan mungkin menjadi contoh tidak baik kepada generasi muda.
"Tetapi sebagai seorang Raja, beta perlu menyuarakan pandangan dan kebimbangan beta," titah baginda sambil menegaskan bahawa perbezaan pendapat harus diselesaikan melalui kewarasan, hujah yang baik dan pendekatan yang berhemah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sultan Selangor
#Sultan Sharafuddin Idris Shah
#Ahli parlimen tidak beradab
#Pembuli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan