PETALING JAYA: Seorang doktor kerugian RM94,000 selepas diperdaya sindiket 'Love Scam' melalui perkenalan dengan seorang lelaki tempatan menerusi Facebook, bulan lalu.
Perkenalan dengan lelaki yang bekerja di luar negara itu kemudian menjadi lebih erat sehingga mereka bertukar-tukar nombor telefon.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, sepanjang perkenalan mereka pegawai perubatan berusia 31 tahun itu memaklumkan dia tidak pernah berjumpa suspek yang menggunakan nombor telefon antarabangsa itu.
"Selepas dua minggu berkenalan, suspek meminta mangsa untuk melakukan transaksi dalam talian untuk urusan pembelian barang melalui satu laman sesawang.
"Mangsa yang ketika itu berada berada di rumah telah menekan pautan laman sesawang tersebut dan mengisi maklumat yang diberikan oleh suspek iaitu data pengenalan dan kata laluan," katanya dalam kenyataan di sini, pada Sabtu.
Mohamad Fakhrudin menambah, mangsa menggunakan akaun peribadinya untuk melakukan beberapa transaksi pembelian barang berjumlah AS$18,640 dan dan AS$33,990.
Beliau berkata, ekoran daripada transaksi tersebut, akaun mangsa telah dibekukan tanpa diketahui sebabnya.
"Mangsa diminta untuk membuat pembayaran deposit bagi membolehkan akaunnya diaktifkan semula," katanya lagi.
Menurutnya, mangsa telah melakukan pembayaran deposit secara beberapa kali ke dalam satu akaun tempatan berjumlah RM23,701.
Namun katanya, mangsa dimaklumkan bahawa jumlah tersebut tidak mencukupi dan perlu menambah lagi wang.
"Mangsa telah diarahkan untuk menggunakan aplikasi Huobi bagi tujuan penukaran mata wang ringgit Malaysia kepada dolar Amerika Syarikat (AS).
"Mangsa yang masih mempercayai arahan tersebut telah memasukkan wang ke empat lagi akaun bank berbeza melalui aplikasi sama.
"Mangsa mula menyedari dirinya ditipu apabila suspek meminta mangsa memasukkan wang kepada rakan suspek, namun mangsa tidak melakukannya," tambahnya.
Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai supaya berhati-hati dalam setiap perkenalan dalam talian dan tidak terpedaya dengan janji-janji manis sahabat alam maya.
Umavathi Ramayah
Sat Feb 04 2023

Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dalam setiap perkenalan dalam talian dan tidak terpedaya dengan janji-janji manis sahabat alam maya. - Gambar hiasan

Takiyuddin sahkan Eizlan Yusof sertai Pas
Menurutnya, ada beberapa lagi tokoh lain, namun nama mereka akan diumumkan pada waktu yang sesuai.

'Tak sangka sepakan basikal hasilkan gol'
Jaringan peribadi ke-15 Forestieri musim ini kembali menjelmakan semula rentak penyandang juara sembilan kali berturut-turut itu.

ARC: Hong Kong terlalu kuat buat skuad Bunga Raya
Skuad Bunga Raya ternyata bukan tandingan lawan yang merupakan pasukan kedua terbaik Asia dan ke-24 dalam ranking dunia.

Industri perbankan akan berkembang di bawah Abdul Rasheed - ABM
Khairussaleh berkata industri perbankan akan mendapat manfaat daripada pengalaman Abdul Rasheed.

Habuan cecah RM1 juta menanti atlet para negara
Subramaniam percaya barisan atlet para akan menerima habuan masing-masing selepas berjuang mengharumkan nama Malaysia.

Terbuka Singapura: Aaron-Wooi Yik tamatkan cabaran di separuh akhir
Aaron-Wooi Yik tewas kepada Liang Wei Keng-Wang Chang dari China 21-16, 15-21, 17-21, sekali gus memburukkan lagi rekod mereka.

DSV mahu kembalikan zaman kegemilangan Kelantan FC
Jika berjaya ambil alih, ini kali kedua DSV terlibat dengan Kelantan FC, selepas pada 2016, dengan nilai tajaan melebihi RM16 juta.

UCL 2023: Manchester City muncul juara, tundukkan Inter Milan
Inter Milan hampir menyamakan kedudukan pada minit-minit akhir apabila sepakan Romelu Lukaku diselamatkan oleh Ederson.

PAU2023: UMNO perlu bangkit jadi pilihan rakyat - Wan Rosdy
Wan Rosdy membangkitkan persoalan, adakah ahli UMNO dan BN gagal mempengaruhi keluarga dan saudara terdekat untuk menyokongnya.

Resepi para renang, olahraga boleh jadi inspirasi buat atlet normal - Hannah
Ia juga bertujuan melihat 'rahsia' kejayaan 50 emas, 38 perak dan 34 gangsa yang diraih kontinjen para negara untuk dikongsikan bersama MOM.

Malaysia-Indonesia jalin kerjasama, transaksi rentas sempadan guna kod QR
Ini membolehkan lebih ramai rakyat Indonesia dan Malaysia membuat pembayaran runcit secara segera di kedua-dua negara dengan mengimbas kod QRIS atau DuitNow.

Berkenalan di Facebook, doktor kerugian RM94,000 terpedaya 'love scam'
Seorang doktor kerugian RM94,000 selepas diperdaya sindiket Love Scam melalui perkenalan dengan seorang lelaki tempatan menerusi Facebook, bulan lalu.

Hari Jualan Dalam Talian ASEAN 2022 berlangsung bulan depan
Program tahun ini akan dipengerusikan secara bersama Pengerusi ASEAN 2022 Kemboja bersama Singapura dan Vietnam, lapor Agensi Berita Vietnam.

Pengguna THiJARI cecah lebih 1 juta
Pendeposit ternyata cenderung dengan penggunaan teknologi dan kemudahan digital yang disediakan.

Waspada beli barang dalam talian, elak ditipu - Saifuddin
Kes penipuan terjadi susulan daripada peningkatan jumlah pendaftaran syarikat e-dagang di negara ini.