awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berlagak samseng jalanan, dua sekawan didakwa di mahkamah

Muhammad Aiman Hakeem
Muhammad Aiman Hakeem
01/03/2023
03:20 MYT
Berlagak samseng jalanan, dua sekawan didakwa di mahkamah
Tertuduh ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Kulai atas pertuduhan melakukan ugutan jenayah terhadap seorang lelaki pada 24 Februari lalu. -Astro AWANI
KULAI: Tindakan dua sekawan yang berlagak seperti samseng jalanan dengan menghalang laluan dan menahan sebuah bas di tepi jalan, di sini, dua minggu lalu membawa padah apabila mereka dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kulai, pada Rabu.
Tertuduh, S. Hariprasat, 32 tahun dan Kali Maniam, 42 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 34 akta sama dibacakan di hadapan Majistret Azureen Sahira Sauffee Afandi.
Berdasarkan kertas pertuduhan, kedua-dua warga tempatan itu didakwa bersama-sama melakukan ugutan jenayah dengan tujuan hendak mendatangkan cedera kepada seorang lelaki warga tempatan dengan niat menyebabkan kegentaran kepada mangsa, kira-kira jam 8.15 pagi 24 Februari lalu.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di tepi Jalan Batu 21, Kulai Besar, di sini.
Manakala jika disabitkan kesalahan, boleh dijatuhkan hukuman penjara maksimum dua tahun, serta boleh dikenakan denda, atau kedua-duanya sekali.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,500 setiap seorang beserta seorang penjamin.
Tarikh sebutan semula kes ditetapkan apda 3 April ini.
S. Hariprasat diwakili Peguam Amarprret Singh, manakala M. Kali tidak diwakili peguam.
Kes dikendali Pegawai Pendakwa Inspektor Mohammad Dzulkhairi Saat.
Topic Berkaitan
#Mahkamah Majistret
#samseng jalanan
#S Hariprasat
#Kali Maniam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan