TAIPING: Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) digesa mengumumkan harga siling bagi beras putih import (BPI) untuk disebarkan kepada umum.
Pengerusi Pasukan Petugas (Kluster Makanan) Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata harga BPI tidak menentu kerana mengikut jenama.
Beliau berkata keputusan itu juga untuk memastikan pengguna tidak terkeliru dengan harga yang dijual antara RM36-RM65 walaupun gred BPI adalah sama.
"Setakat ini belum nampak pihak yang terlibat menetapkan harga siling untuk BPI walaupun kerajaan bersetuju mengurangkan RM2 sekampit daripada harga asal RM37 menjadi RM35.
"Apabila ada harga siling, rakyat boleh buat rujukan untuk membuat pilihan melalui pelbagai jenama yang ada di pasaran, jadi BERNAS perlu segera laksanakan perkara ini," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata pihaknya juga mengharapkan senarai kesemua pengilang yang bakal mengeluarkan serta membekalkan beras putih tempatan (BPT) dapat diumumkan sebelum Hari Raya Aidilfitri.
Sebelum ini, mesyuarat NACCOL dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 20 Mac lepas memutuskan empat perkara untuk mengatasi isu beras.
Antara tindakan itu termasuk kerajaan mengarahkan supaya semua stok semasa padi dan beras yang dibeli oleh pengilang berjumlah 140 ribu tan metrik diproses serta dikeluarkan untuk kegunaan pasaran tempatan.
Terdahulu Syed Abu Hussin ditemui ketika meninjau program jualan murah sempena Aidilfitri di Kampung Benggali di sini.
Program itu mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat dan lebih 3,000 ekor ayam berharga RM7 sekilogram habis dijual dalam tempoh dua jam.
Selain ayam, orang ramai juga tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan barangan keperluan lain seperti daging, ikan, telur, beras pada harga yang lebih murah daripada pasaran semasa.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 07 2024
Bernas digesa mengumumkan harga siling bagi beras putih import (BPI) untuk disebarkan kepada umum. - Gambar fail/Bernama
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
BERNAS perlu umum harga siling beras putih import - Syed Abu Hussin
Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) digesa mengumumkan harga siling bagi beras putih import (BPI) untuk disebarkan kepada umum.
BERNAS anjur Program Ikhlas Back To School, agih barang keperluan sekolah
Pengagihan melibatkan 200 murid terpilih dari keluarga kurang berkemampuan dan akan mula bersekolah Tahun Satu bagi sesi Mac 2024/2025.
Mohamad Sabu tegaskan beras cukup, mampu tampung empat hingga lima bulan
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, jumlah stok beras tempatan sehingga 3 Oktober 2023 adalah sebanyak 820,482 tan metrik.
BERNAS sangkal produk beras ada campuran plastik
Padiberas Nasional Bhd (BERNAS) memberi jaminan bahawa beras import yang dibekalkan oleh syarikat itu adalah tulen dan selamat untuk penggunaan orang ramai.
BERNAS sokong usaha kerajaan pastikan bekalan beras mencukupi
BERNAS menyalurkan sebanyak 630,000/TM dari Januari hingga Ogos 2023 iaitu peningkatan 38 peratus.
AIGA2022: Bernas muncul pemenang Anugerah Platinum
Padiberas Nasional Berhad (Bernas) muncul pemenang Anugerah Platinum Intergriti, Governans dan Antirasuah (AIGA) 2022.
Bantuan Khas BERNAS disalur kepada pesawah mulai 16 Januari
Bantuan khas BERNAS akan diberikan kepada tiga buah negeri di Pantai Timur terlebih dahulu iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang.
[LAPOR LANGSUNG] Anwar adakan pertemuan dengan Ismail Sabri, bincang isu semasa
Anwar berkata beliau menghargai kesudian bekas PM merangkap Naib Presiden UMNO itu untuk bertemu dan bertukar pandangan dengannya.
Dewan Rakyat: NAFAS dilantik pemborong tunggal insentif benih padi
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan melantik Pertubuhan Peladang Kebangsaan sebagai pemborong tunggal di bawah program Insentif Benih Padi Sah untuk membuat pembekalan terus kepada pesawah.
Kami tidak pernah abai kepentingan rakyat - Bernas
Pemantauan kilang-kilang padi swasta bukanlah di bawah bidang kuasa Bernas dan kami tidak mempunyai sebarang hak untuk campur tangan dalam urusan operasi dan urusniaga mereka.